IBRAHIM AL-KATAKI adalah sekor-sekornya makhluk yang paling gembira
sekiranya Anwar masuk penjara. Beliau sanggup adakan kenduri sekiranya
cita-citanya itu berjaya dan beliaulah satu-satunya binatang yang suka
dan seronok di atas penderitaan orang lain.
"Saya berdoa cepatlah dia ke penjara seperti mana yang dia sendiri diuar-uarkan. Saya orang pertama yang gembira dan bersyukur. Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara. "Lagi cepat Anwar masuk penjara, lagi baik. Ia baik untuk rakyat dan negara. Baik juga untuk pihak keselamatan kerana tidak pening dengan kerenah Anwar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aku tidak pelik makhluk yang berkulit dan muka tebal seperti ini berkata
sedemikian. Jika Tok Guru Nik Aziz pun binatang ini sanggup hina dan
persendakan, siapa sangat Anwar pada beliau? Apatah lagi beliau tahu
Anwar bukan tandingannya dari segi kepimpinan dan ketokohan semenjak
Anwar di zaman pelajar, Anwar sebelum memasuki Umno dan sewaktu Anwar di
dalam Umno, Berahim Katak ini tidak pernah dapat menyaingi Anwar.
Sehinggakan Anwar dikeluarkan dari Umno pun, Berahim Katak ini masih
ketinggalan untuk bersaing dengan Anwar. Bagaimana mahu bersaing,
beliau menang sebagai MP Pasir Mas dulu pun atas belas ihsan PAS. Bila
beliau bertanding sendirian, beliau terpelosok dalam longkang di Pasir
Mas.
Justeru itu, jangan pelik binatang bernama katak ini amat dengki kepada
Anwar. Dia dengki bagaimana PAS boleh merapati Anwar sedangkan beliau
yang berada di negeri Kelantan yang sinonim dengan PAS pun, buat buat
tidak tahu kepadanya. Sudahlah PAS buat tidak tahu, Umno pula
menjadikannya seperti barang mainan semata-mata. Hati mana yang tidak
sakit?
Peduli apa katak ini mahu buat kenduri? Samada katak ini mahu buat
kenduri atau tak, atau katak ini akan membunuh diri jika Anwar
dibebaskan nanti, rakyat tidak peduli. Pada rakyat katak ini sudah lama
jadi bangkai di Pasir Mas. Bangkai katak memang busuk. Katak biasa
waktu hidup tidak busuk, cuma bila dah mampus baru busuk. Tapi katak
Berahim ini waktu hidup pun sudah busuk kepalang, bayangkan waktu dia
mampus nanti.
wfauzdin.blogspot.com
biarkan katak itu dengan puru2nya..
BalasPadam