Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Mei 19, 2014

[ Isu MH370 ] Tidak adil Kerajaan Najib Nak Jual MAS kata Prof UUM.


SHAH ALAM - Kerajaan disaran untuk menilai sebaik-baiknya sebelum membuat sebarang keputusan melepaskan pegangan dalam  MAS selepas mengalami kerugian besar dan tragedi MH370.

Pensyarah Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, tragedi MH370 adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

"Tragedi ini bukanlah sesuatu yang kita boleh kawal dan saya rasa tidak adil bagi kerajaan untuk melepaskan pegangan dalam MAS namun,  sekiranya keputusan tersebut diambil, kerajaan dilihat seolah-olah lepas tangan dalam menyelesaikan kemelut ini.

"MAS membawa nama Malaysia dan menjadi kebanggaan negara, dan sekiranya ada pihak yang berminat untuk membeli syarikat penerbangan itu, sudah pasti mereka melihat masih ada keuntungan yang dapat dijana," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menyingkirkan syarikat itu kerana ia adalah hak milik rakyat dan masih mempunyai nilai kepentingan kepada negara.

sh

1 ulasan:

  1. MAS rugi bukan disebabkan oleh pekerja,tapi kalau dijual yg akan rugi besar ialah pekerjanya. MAS rugi disebabkan oleh pengurusanyg tak cekap dan wujudnya penyelewengan besar2an. Kerajaan sbg pihak yg bertanggungjawab tak boleh biar MAS terlepas ke tangan2 yg tak berintegriti. Betulkan pengurusan dan terima pandangan staff MAS utk mengurus semula perjalanan syarikat ni kerana mereka lebih tahu selok belok dunia penerbangan dan mereka adalah stake holder yg berkepentingan.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...