Iklan Penaja
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Saya mulakan
artikel ini dengan doa memohon supaya tulisan saya ini dipelihara
daripada penguasaan hawa nafsu saya sendiri.
1) Faktor utama
orang bukan Islam menolak hudud adalah disebabkan tidak memahami apa itu
hukum hudud. Faktor ini menjadi asas kepada penolakan terhadap
hudud yang kemudiannya diperkukuh pula penolakan mereka itu disebabkan
oleh dakyah yang mengeliru dan menakut-nakutkan mereka kepada hudud.
2) Ada pula yang memahami hudud tetapi bimbang hudud itu turut dipaksa
ke atas mereka yang bukan Islam. Mereka khuatir dan takut negara ini
akan menjadi negara teokrasi yang memaksa semua orang tunduk kepada
hukum Islam.
3) Ada pula yang fahami hudud itu hanya untuk
orang Islam, tetapi mereka mempertikai keadilan yang akan dilaksanakan
apabila terdapat dua sistem perundangan - hukum hudud untuk orang Islam
dan hukum sivil untuk bukan-Islam.
4) Ada pula yang mempertikai
teknikal perlaksanaan hukuman hudud dan menganggapnya primitif,
feudalistik, kejam, kolot, menambahkan bilangan orang cacat dalam
masyarakat, tidak berperi-kemanusiaan dan bertentangan dengan prinsip
hak asasi manusia.
5) Ada yang bimbang hudud akan disalahguna
untuk membuli golongan lemah dan minoriti dengan alasan undang-undang
sivil hari ini pun boleh disalahguna. Mereka bimbang hudud pada awalnya
dikatakan untuk orang Islam, takut-takut sampai satu masa hudud akan
disalahguna dalam bentuk konspirasi dan sebagainya. Mereka bimbang akan
muncul golongan Muslim extremist yang akan menyalahgunakan hudud untuk
mengekalkan kuasa.
6) Pihak yang bertunjangkan hak asasi
manusia menentang hudud kerana berangapan bertentangan dengan prinsip
kebebasan. Mereka memberi contoh hukuman ke atas penzina, kenapa perlu
menghukum dua orang yang saling suka-sama suka melahirkan rasa cinta dan
kasih sayang yang intim. Mengapa pula perlu dihukum orang yang minum
arak, kerana itu hak individu untuk minum apa sahaja yang mereka suka.
7) Pihak yang memperjuang kesamaan gender mempertikai keadilan ke atas
wanita yang dikatakan merendahkan martabat wanita apabila tidak
diperakui kesaksian wanita dalam hukum hudud. Malah wanita menjadi
mangsa yang tidak terbela dan penjenayah terlepas hukuman jika wanita yg
dirogol tidak dapat mendatangkan 4 saksi.
8 ) Ada yang keliru
dengan hudud disebabkan UMNO. Mereka beranggapan UMNO dan PAS sama
sahaja - muslim yang cuba mempertahankan kuasa untuk membuli golongan
minoriti. Hudud adalah salah satu cara mereka menarik sokongan orang
Melayu supaya bersatu bagi menakut-nakutkan orang lain. Every time the
minority speaks, these muslims give all kind of excuses. Of course
minorities cannot give a strong oppose like tsunami because our
population is smaller, then the Muslims will say everyone agrees.
9) Ada pula yang menolak hudud disebabkan Perlembagaan yg dikatakan
tidak membenarkan hudud dilaksana. Jangan main-main dengan perlembagaan.
Ada yang mahu dibentangkan SOP untuk menangkap pesalah hudud. Ada yang
mahu dibentangkan struktur dan syarat untuk tubuhkan Polis Syariah untuk
menangani kes hudud. Ada yang mempertikai ketelusan perlaksanaan hudud
kerana tiada badan audit khusus untuk memantau.
10) Dan Ada
pula yang tolak hudud kerana tidak bersetuju unduang-undang berlandaskan
agama dilaksanakan. You are using your God and religion to manipulate
this country, that is the awful part I hate.
Sesiapa yang boleh
jawab? Ini adalah sebahagian sahaja senarai asbab penolakan mereka
terhadap hudud. Saya rasa majoriti point di atas tidak dijelaskan oleh
umat Islam kepada bukan Islam. UMNO saya tidak tahu setakat ini apa
jenis penerangan yang mereka buat. PAS pula setakat yang saya tahu,
tidak menjelaskan hudud sebagaimana kekeliruan bukan Islam.
PAS
hanya fokus memberi penerangan takrif hudud, syarat-syarat hudud,
kenapa hudud perlu dilaksana, kelebihan hudud, hudud lebih baik daripada
hukum sivil, dan sedikit teknikal perlaksanaannya - tidak menyeluruh
dan tidak pula menjelaskan kekeliruan.
Apakah Kerajaan Negeri
Kelantan sudah memberi penjelasan yang secukupnya melalui penerangan dan
draf yang akan dibentangkan? Jangan pula disebabkan pembentangan Draf
yg separuh masak itu menjadi punching bag kepada PAS pada masa depan.
PAS perlu tubuh jawatankuasa khas yang serius menyiasat kefahaman dan
penerimaan masyarakat.
Malangnya, PAS kekurangan tenaga dan
kekuatan untuk mengerakkan jentera penerangan dan penjelasan mengenai
hudud. Saya nampak kekurangan tenaga ini adalah disebabkan masalah
dalaman PAS yang menjadi santau dalam gerak kerja PAS. Ada pihak dalam
PAS yang mahu laksana hudud. Ada yang mahu hudud ditangguh dahulu -
fokus kepada PR, tumbangkan BN terlebih dahulu. Ada yang berkata UMNO
ikhlas mahu bersama PAS laksana hudud, ada yang mempertikai keikhlasan
UMNO dan menganggap PAS akan ditipu lagi.
Dua blok yang
bertentangan siyasah strategiyyah dalam PAS masih tidak mampu bersatu.
Sejak zaman profesional vs ulama, UG vs Erdogan, kembali profesional vs
ulamak, pro-UG vs proksi-Anwar, dan seterusnya, kekuatan PAS terpecah.
Bagaimana penerangan hudud dapat digembelingkan secara menyeluruh?
Saya nampak apabila dua blok ini bersatu, sepakat dalam satu meja
bulat, buang keegoan masing-masing, PAS akan menjadi kuat. Tidak akan
timbul lagi persepsi geng UG PAS-UMNO, tidak timbul lagi istilah PAS
tunggangan DAP/PKR. Penerangan ilmu mengenai hudud dan asas fiqh
perlaksanaan akan diamanahkan kepada ulama yang faqih. Manakala golongan
professional akan bersama dengan ulama menggariskan teknikal
perlaksanaan, prosedur perundangan, SOP perlaksanaan, penerangan
seterusnya menarik minat muslim dan non-muslim untuk berminat dengan
hukum Allah.
Dan, berpakat dengan keikhlasan UMNO tidak
menambah nilai kefahaman dan kejelasan hukuman syariah terhadap bukan
Islam. Ingatlah, fitnah selepas hudud dilaksana lebih besar berbanding
fitnah sebelumnya. Musuh-musuh Islam tidak akan membiarkan ia berjalan
selancar teorinya. Kita mesti bersedia dengan strategi dan kekuatan
intelektual, bukan dengan sentimen membabibuta.
Sekian
p/s: Artikel ini ditulis berdasarkan pemerhatian dan pengumpulan
maklumat oleh Dr Tanaka Mustafa semata-mata. Tidak semestinya anda
menerima bulat-bulat.
Link FB Dr Tanaka Mustafa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...