Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlibat dalam kemalangan kereta malam tadi menyebabkan ketua pembangkang itu mengalami keretakan tulang dekat bahu kanannya.
Kejadian itu berlaku berhampiran Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, pada kira-kira jam 10 malam apabila kereta yang mereka naiki berlanggar dengan kenderaan lain.
Anwar dan Wan Azizah dalam perjalanan pulang apabila kemalangan itu berlaku.
Wan Azizah yang juga presiden PKR, hanya cedera ringan.
Mereka kemudiannya dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...