KUALA LUMPUR 27 APRIL: Kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack
Obama ke Malaysia mempunyai agenda tersendiri untuk menjajah ekonomi
negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA).
Jurucakap
bantah TPPA, Azlan Awang mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak tidak tunduk kepada tuntutan Amerika Syarikat
kerana ia bakal menjejaskan ekonomi negara dan membebankan rakyat.
“Obama datang nak seru dan pujuk PM supaya ikut kehendak dia untuk
tandatangan perjanjian tersebut, ini agenda sebenar dia datang ke sini.
“Hari ini kita buat bantahan untuk beri amaran pada kerajaan supaya
jangan ikut telunjuk Obama. Kita tak mahu rakyat terbeban, kerajaan
harus fikirkan rakyat dahulu sebelum bertindak,” katanya ketika
flashmob membantah TPPA di hadapan kompleks membeli belah Sogo, semalam
Menurutnya, kerajaan tidak boleh pandang remeh perkara itu kerana ia
membabitkan soal ekonomi dan masa depan rakyat di negara ini.
TPPA
katanya memberi banyak kesan buruk kepada rakyat termasuk monopoli ke
atas ubat-ubatan yang menyebabkan kos rawatan kesihatan menjadi mahal.
“Kami bantah TPPA dan berpegang teguh bahawa TPPA ini perlu ditolak
jika kita mahu pastikan harga ubat ini dan kos rawatan terkawal.
“Kalau ubat mahal, macam mana dengan orang miskin yang mahukan
rawatan? Macam mana mereka nak beli ubat, di sini perlunya tindakan
rasional dari kerajaan.
“Walaupun perjanjian ini belum ditandatangani tetapi langkah awal perlu dibuat, jangan makan pujuk rayu Obama,” ujarnya.
Flashmob tersebut diadakan dengan menampilkan ‘zombie-walk’, yang
membawa mesej terhadap kesan TPPA yang dianggap sebagai perjanjian
penuh rahsia dari AS.
“Kita mahu orang ramai tahu mengenai hal ini, supaya mereka faham
bantahan yang kita adakan. Ini perkara serius yang boleh jatuhkan
ekonomi negara kita,” jelasnya.
kd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...