Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, April 05, 2014

Rekonsiliasi nasional BN-Pakatan buntu dengan hukuman Anwar dan MH370

  Hukuman penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim serta tragedi pesawat MH370 yang hilang kedua-duanya merupakan faktor rekonsiliasi nasional yang seperti menemui jalan buntu, menurut penganalisis politik. – Gambar The Malaysian Insider, 5 April, 2014.

Usaha rekonsiliasi nasional antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menemui jalan buntu apabila situasi politik berubah sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman serta kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Kedua-dua episod ini mengubah dinamik dan corak ke arah rekonsiliasi, ketika negara berdepan dengan kemelut antara kaum dan agama yang meruncing sejak merdeka.

Penganalisis politik tidak menjangkakan usaha tersebut akan mencapai matlamatnya dan menyifatkan hukuman ke atas Anwar sebagai permulaan kepada berakhirnya rancangan rekonsiliasi nasional.
"Secara umumnya, usaha itu lebih kepada angan-angan, saya tidak nampak itu sebagai realiti dan ia tidak akan berlaku sekarang.

"Isu-isu selepas PRK Kajang, isu MH370, saya lihat tidak ada kesepakatan," kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia Dr Azizuddin Mohd Sani kepada The Malaysian Insider.

Pengkritik melihat kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berpunca daripada kegagalan mendapat majoriti yang kuat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Sikap mengapi-apikan sentimen perkauman antara kaum Melayu dan Cina berlaku secara terang-terangan, manakala isu kalimah Allah juga masih tergantung di mahkamah.

Keputusan PRU13 lalu menyaksikan kerajaan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan undi popular dan tidak sampai setahun, Anwar pula dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Sehari selepas Anwar dijatuhkan hukuman, dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac.

Pengamat politik juga tidak melihat BN bersungguh-sungguh untuk meneruskan langkah yang pada mulanya diilhamkan oleh Najib sendiri yang merupakan presiden Umno dan pengerusi gabungan itu.
Anwar, semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, menyatakan beliau menolak rekonsiliasi nasional, menyifatkan hukuman penjara ke atasnya bermotifkan politik.
Ketua Umum PKR itu dihukum lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan sekaligus menghalang hasrat "Langkah Kajang".

Bagaimanapun, penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Jayum Jawan berkata rekonsiliasi nasional bukannya mengenai seorang individu.
"Ia bukan tentang Anwar, rekonsiliasi nasional adalah mengenai membina jambatan kepada perbezaan antara rakyat dan parti politik," kata Jayum.
Jayum bagaimanapun mengakui fokus PR kini tidak lagi ke arah rekonsiliasi, faktor hukuman ke atas Anwar mengubahnya sama sekali.

"Fokus mereka bertukar, itu sudah pastinya.

"Saya rasa mereka sedar jika Anwar ke penjara, ia mungkin beri kesan kepada gabungan tersebut. Selama ini Anwar yang menyatukan antara parti dalam Pakatan," kata Jayum.

Mengenai kritikan pembangkang ke atas kerajaan dalam cara mengendalikan isu kehilangan MH370, Jayum berkata ia tidak menghairankan memandangkan masyarakat dan media antarabangsa juga mengkritik, kata Jayum.

"Ia bukan suatu yang baru, ia senada dengan apa yang dikatakan oleh masyarakat dan media antarabangsa, yang mengatakan Malaysia tidak mengendalikannya dengan baik," kata beliau. tmi

Sambungan sini  


http://usahawanjutawan33.blogspot.com/p/siapa-di-antara-andayang-ingin.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...