Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, April 24, 2014

[ Panas!! ] Mahkamah tak benar lengah kes Fitnah II

 

  Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak melanjutkan masa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan petisyen berhubung sabitan kes Liwat II ekoran kematian Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan.

Mahkamah meminta peguam Anwar memfailkan notis usul yang sepatutnya berhubung perkara itu.

Pengerusi biro undang-undang PKR Latheefa Koya berkata firma Karpal telahpun mengutus surat yang menggariskan alasan untuk memohon lanjutan masa – iaitu kematian Karpal dan perkabungan oleh anak mendiang, Ramkarpal, yang juga peguambela dalam kes tersebut.

"Bagaimanapun, mereka menolak surat ini dan meminta kami memfailkan notis usul yang sesuai mengenainya. Walaupun dengan notis usul, tiada jaminan bahawa mereka akan membenarkan lanjutan masa,” katanya.

Tambahnya, perkembangan itu menunjukkan mahkamah “sangat tidak bertimbang rasa” dan “tidak simpati dan memahami tragedi kematian Karpal”.

Pada kebiasaannya, satu petisyen untuk rayuan patut difailkan dalam masa 10 hari selepas meneima penghakiman bertulis oleh hakim. [Baca berita penuh]

Sementara itu, bahagian komunikasi korporat dan hubungan antarabangsa, pejabat ketua pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia, mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara itu petang ini:

"Pejabat ini merujuk kepada laporan media pada 23 April 2014 mengenai dakwaan bahawa Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan lanjutan masa oleh peguambela di dalam kes liwat 11 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pelanjutan masa untuk memfailkan petisyen rayuan hendaklah dibuat melalui notis usul kepada mahkamah dan bukannya melalui surat.

"Setelah notis usul difailkan, permohonan tersebut akan didengar di hadapan hakim-hakim yang kemudiannya akan membuat keputusan sama ada dibenarkan atau sebaliknya.

"Semua prosedur ini jelas dinyatakan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995."


mk

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...