KUALA LUMPUR 3 APRIL : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak yang mengelak daripada menjawab soalan media antarabangsa
disifatkan sebagai pengecut sekaligus memberi imej buruk kepada
Malaysia.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Najib seharusnya
lebih bersikap terbuka dan profesional dalam mendepani media
antarabangsa berhubung kes kehilangan pesawat MH370.
“Bila mengelak, gambaran buruk kepada Malaysia bahawa kita mempunyai Perdana Menteri yang takut dan pengecut.
“Jangan hanya sekadar membaca teks yang disediakan. Seorang perdana
menteri perlu lebih bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang
dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa.
“Macam mana sekalipun kalau tidak tahu jawapan yang tepat untuk
menjawab soalan yang dikemukakan, terus terang, cakap ‘saya tak pasti
dan akan memberi kenyataan dengan lebih lanjut nanti’. Itu lebih baik
daripada terus mengelak daripada mereka,” katanya ketika dihubungi.
Najib dalam sidang media ketika lawatannya di Perth Australia dilapor
hanya membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas
pihak media mula bertanya soalan.
Beliau juga tidak menjawab soalan daripada media sejak sidang media
pertamanya berkenaan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.
Fahmi berkata, ketakutan Najib terhadap media asing disebabkan mereka
lebih terbuka berbanding media arus perdana yang dikawal kerajaan di
negara ini.
“Sepatutnya PM itu sendiri kena berani berdepan dengan media
antarabangsa. Suara beliau itu perlu didengari rakyat, dan apa yang
keluar daripada mulut perdana menteri itu ditunggu rakyat,
“Tapi bila Najib mengelak untuk menjawab soalan daripada media, ia jelas menunjukkan Najib takut dengan mereka.
“Mana tidaknya, selama ini hanya dikawal oleh media pro kerajaan
sahaja, tapi kali ini berdepan dengan media yang lebih terbuka,”
ujarnya.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...