PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata semua pihak harus menghormati hasrat Kerajaan Kelantan untuk
mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian ke Parlimen bagi
membolahkan Kanun Jenayah Syariah 1993 Kelantan dilaksanakan.
“Saya tidak fikir sesiapa pun patut menolak atau memperkecil langkah PAS berkaitan hudud. Biarkan mereka terangkan dahulu.
“Perbezaan
pendapat patut ditangani dengan saling hormat menghormati,” katanya
pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini .
Mengulas
perbezaan pandangan pemimpin DAP dalam isu itu, Anwar berkata seharusnya
masing-masing saling menghormati kerana enakmen undang-undang Islam itu
termasuk di Terengganu wujud sebelum terbentuknya kerjasama politik
dalam Pakatan Rakyat.
PAS dan PKR katanya menghormati pandangan
DAP, dalam masa sama DAP juga harus menghormati pendirian PAS yang
konsisten dalam perkara itu.
Bagaimanapun kata beliau, PAS perlu
membawa isu itu ke Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat sebelum
membentangkan RUU seperti yang dicadangkan itu.
hd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...