SEBERANG JAYA 18 APR: Dengan rasa
sebak dan sedih, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
melahirkan rasa kehilangan beliau dan keluarga atas kematian Pengerusi
DAP Kebangsaan, Karpal Singh.
Dalam ceramah Anwar di Seberang Jaya malam tadi, beliau diberitahu
oleh isteri mendiang, Gurmit Kaur bahawa Karpal bimbang dengan
konspirasi untuk menambah tempoh hukuman penjara Anwar.
“Antara kata-kata terakhir Karpal yang disampaikan oleh isterinya
semasa ditemui di kediaman mereka ialah Karpal susah hati kerana kes
Fitnah II, kerajaan cuba untuk menambahkan lagi tempoh hukuman penjara
Anwar.
“Karpal mahu pulang ke Pulau Pinang untuk mencari jalan dan berfikir
dengan tenang cara untuk menyelamatkan Anwar, ” ini antara kata-kata
yang dinyatakan oleh Karpal kepada isterinya sebelum maut dalam
kemalangan tersebut.
Oleh kerana itu, kata Anwar, Karpal sendiri sudah sedia maklum
tindakan yang sedang dirancang oleh kerajaan Umno-BN bagi
menyumbatkannya ke dalam penjara dalam tempoh yang lebih lama.
Anwar juga berkata usaha untuk menangkap dan memenjarakan pemimpin PR bukan satu perkara baru.
Jelasnya senarai nama pemimpin yang akan dipenjarakan oleh kerajaan
Umno-BN sepertimana yang dinyatakan dalam Parlimen baru-baru ini adalah
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Rafizi Ramli, Tian Chua, Syed Azman
dari PAS dann juga Anthony Loke dari DAP.
Dalam pada itu kata Anwar, beliau merasakan Karpal seperti telah
menjadi sebahagian dari keluarganya berikutan komitmennya menjadi
peguambela sepanjang kes Fitnah II.
“Karpal adalah sebahagian dari keluarga saya dan juga Azizah.
“Kami amat merasai kehilangan beliau sebagai seorang pejuang yang
sanggp menentang kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan khususnya dalam
sistem perundangan negara,” kata Anwar.
kd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...