Ini kerana katanya, Umno BN mendesak kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hudud tetapi dalam masa yang sama mereka menolak hudud di Terengganu.
"Ini saya katakan mereka kepura-puraan ataupun pertentangan di antara apa yang dibincangkan Umno BN di sini dengan apa realitinya," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana hari ini.
Tegasnya, Umno BN begitu lantang bercakap soal hudud tetapi kasino, rasuah, kezaliman dan mahkamah tidak bebas, terus berleluasa dalam negara.
"Ini bukan soal agama, syariah dan hudud, ini adalah mainan politik Umno BN, di Terengganu pula ditolak. Pimpinan Pakatan Rakyat harus ingat perkara ini," katanya.
Anwar juga mahu mendengar apa pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang hudud ini yang kini mendapat sokongan padu daripada pimpinan Umno BN sendiri.
"Mahu Najib terangkan dengan jelas. Jangan menggunakan agama atau selawat untuk jelaskan isu hudud ini sebab Dun Terengganu sendiri menolak usul hudud," jelasnya.
Beliau tidak menolak, Umno BN cuba mengalihkan isu rasuah termasuk kehilangan pesawat MH370 supaya rakyat tertumpu pada isu hudud konomnya diperjuangkan oleh mereka.
Tambahnya, PKR mempunyai pendirian bahawa PAS Kelantan akan diberi pertimbangan khas dalam isu ini kerana ianya sudah diluluskan sekian lama.
"Tetapi kita tidak halang malah MB Kelantan setuju berikan pandangan yang lebih terperinci kepada pimpinan Pakatan Rakyat.
"Kita kena yakin dengan keupayaan mereka. Saya beri contoh kes saya pun tidak boleh didengar walaupun semua cakap soal syariah yang ada undang-undang jelas, malangnya kerana ada campur tangan politik," jelasnya.
hd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...