KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat, menyeru rakyat turut untuk bersama menjayakan Himpunan
Turun 501 yang bakal diadakan 1 Mei, esok.
Bercakap
kepada Harakahdaily di pejabatnya pagi ini, bekas Menteri Besar
Kelantan itu berkata beliau menyokong penganjuran itu sebagi ruang untuk
rakyat bersuara.
Katanya ia perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi malah perlembagaan membenarkan rakyat menyuarakan hasrat hati mereka.
"Bagaimanapun
sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, biarlah ianya berjalan
mengikut cara yang baik serta tidak bertentangan dengan undang-undang.
"Pada
masa yang sama pihak kerajaan juga memberi ruang kepada mereka dengan
tidak bertindak kasar kerana mereka datang bukan untuk membuat huru
hara,"ujarnya.
Katanya, cara untuk meluahkan perasaan adalah satu caranya melalui demokrasi yang turut dilakukan oleh negara demokrasi lain.
hd
korang ni kalau pegi berhimpun kat tempat lain selain KL boleh tak? kat shah alam ke, kota bharu ke, penang ke, hutan belum ke, taman negara ke.. aku nak pegi pesta buku beli buku la... sekarang jalan jem, sampai mati aku tak maafkan korang yang pegi, dan hasut suruh pegi sebab buang masa aku. Nak suruh aku maaf, akhirat esok bagi pahala atau amik dosa aku.
BalasPadam