IPOH 20 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu
mendedahkan barangan apa sebenarnya yang dibawa dalam kargo MH370 dan
cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum, kata Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, banyak persoalan berhubung misteri
kehilangan pesawat berkenaan belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk
penjelasan mengenai kandungan kargo.
“Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada ‘cargo manifest’,
maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tapi)
yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium
ion).
“Sampai
sudah Kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi
berahsia. Kenapa takut sangat? Benda apa yang nak dicuri? Apa sebenarnya
barang yang nak dibawa ke China? Najib tolong beritahu,” kata Anwar, di
hadapan 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Wisma
KEADILAN, Bandar Ipoh Raya, Jumaat lalu.
Sehingga kini tiada laporan bahawa kerajaan menyerahkan butiran
mengenai kandungan kargo itu kepada Kerajaan Australia seperti diminta.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 18 Mac
menafikan MH370 membawa barangan berbahaya, sebaliknya menyatakan hanya
terdapat tiga hingga empat tan manggis dalam pesawat itu. Namun, empat
hari selepas itu beliau mengesahkan pesawat itu membawa muatan bateri
lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.
Anwar selanjutnya, mempersoal kelemahan ketara yang cuba ditutup
kerajaan iaitu keupayaan sistem radar milik negara mengesan MH370.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, radar Malaysia sepatutnya
mampu mengesan MH370 kerana kerajaan membeli sistem radar daripada
Marconi untuk kawasan utara Malaysia.
“Radar Marconi dipasang di Pangkalan Udara (PU) Gong Kedak dibeli
dengan kos RM1.2 bilion adalah canggih. Lalu lintas pesawat pelbagai
saiz semua boleh nampak dan pesawat negara boleh memintas untuk tindakan
segera jika ada pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara.
Macamana radar boleh tak nampak? Kenapa rahsiakan maklumat ini dan tidak
disampai kepada rakyat?
“Radar ada, tentera udara ada, Menteri Pertahanan pun ada, kalau
kapal terbang tanpa kebenaran masuk dan lalu semua negeri dan jika dibom
Komtar dan datang ke Ipoh macamana? Tentunya keselamatan kita tak boleh
dijamin oleh Menteri Pertahanan, sebab itulah Hishammuddin (Hussein)
mesti letak jawatan,” tegas Anwar.
Turut dibangkitkan Anwar termasuk mengenai kehadiran dua penumpang
warga Iran yang menggunakan pasport curi semasa menaiki penerbangan itu.
“Bagaimana pasport curi dari Itali boleh dipakai oleh orang Iran dan
bolos masuk Imigresen sedangkan kita ada sistem canggih dan hal ini
terlebih dahulu diberitahu oleh Interpol sekiranya ada berlaku kecurian
pasport,” kata Anwar.
Tegasnya, tiga persoalan penting ini yang masih belum dijawab,
menguatkan dakwaan bahawa kerajaan Umno BN cuba menyembunyikan maklumat
kehilangan MH370.
kd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...