Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, April 25, 2014

[ Anwar Ibrahim ] Ketua Menteri Sarawak salahguna hak negeri

Anwar 1

KUCHING 24 APR: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyalahguna hak negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Imigresen untuk menghalang pemimpin KEADILAN memasuki negeri itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hak negeri maksudnya tanah hak adat pribumi (NCR), pengagihan kekayaan dan harta kepada rakyat dari seluruh komuniti dan hak kepada komunititi yang termiskin, kata Anwar dalam ceramah Jelajah Reformasi 2.0 Sarawak di Bazar Sungai Maong, Kuching semalam.

“Tetapi dia (Adenan) gunakan alasan ini untuk melindungi pemilik syarikat balak dan pemimpin politik yang korup jadi dia halang pemimpin PKR ini ke Sarawak, sebab dia takut pemimpin pembangkang ini akan beritahu hal ini kepada rakyat Sarawak,” lapor Malaysiakini.

“Apa jenayah yang (Pengarah strategi KEADILAN dan MP Pandan) Rafizi Ramli, (MP Batu) Tian Chua dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution dah buat hingga mereka layak dihalang dari masuk ke Sarawak,” tanya Anwar.

Kira-kira 1,000 hadir ke ceramah Jelajah Reformasi 2.0 Sarawak di Bazar Sungai Maong, Kuching semalam.

Kata Anwar, selepas Adenan mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Taib Mahmud, beliau sudah pun menyuarakan supaya pemimpin itu dapat menghapuskan amalam korupsi serta memastikan golongan miskin dibantu tidak kira latar belakang dan kaum.

Bagaimanapun, beliau melihat sehingga kini tiada tanda atau kenyataan yang memperlihatkan polisi Sarawak berubah ke rah yang positif.

“Tetapi dalam masa beberapa minggu selepas menjadi ketua menteri, Adenan mula menghalang orang masuk ke Sarawak. Ini bukan tanda yang baik.

“Dia (Adenan) turut buat satu kenyataan tidak baik kepada saya dan kata jika saya tak jaga tingkah laku, dia akan halang saya dari masuk ke Sarawak,” kata beliau.

kd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...