Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Mac 15, 2014

Panas@!!!! Kajang: Bekas pemimpin Umno sokong PKR



Kempen pilihan raya kecil DUN Kajang memasuki hari keempat semalam menyaksikan bekas pemimpin Umno peringkat nasional dan tempatan memberi sokongan terbuka kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Datuk Shariff Omar - bekas timbalan menteri pertanian - malam tadi menyatakan sokongan itu buat julung-julung kalinya muncul di depan lebih 2,000 hadirin, mahu membantu Pakatan mencapai kemenangan dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya kecil itu.

Shariff merupakan timbalan ketua menteri Pulau Pinang sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri pada 1995.

Sementara itu, empat bekas pemimpin Umno peringkat cawangan dalam DUN Kajang turut menyerahkan borang permohonan menyertai PKR kepada Anwar dan Dr Wan Azizah dan menerima selendang PKR sebagai tanda kemasukan mereka, yang disambut sorakan hadirin.

"Saya menyatakan sokongan terbuka kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Saya yakin dan percaya rakyat dapat membuat pilihan dengan memilih Dr Wan Azizah," tegas Shariff.

"Orang Kajang bernasih baik, dapat calon (Wan Azizah) seorang yang berakhlak baik. Saya ikhlas, saya tidak mengharap apa-apa. Oleh itu pada 23 Mac, panggil adik-beradik sauadara mara undi Pakatan Rakyat untuk mendapat majoriti besar," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sulung atas pentas Pakatan Rakyat di Stadium Kajang malam tadi selepas dipecat dari Umno kerana bertindak bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu.

Shariff mengakui beliau rapat dengan Anwar sejak ketua pembangkang itu menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga bekas ketua Umno Tasek Gelugor.

Manakala, sambutan dan penerimaan rakyat terhadap Wan Azizah semakin diterima khususnya daripada kumpulan wanita dan sewaktu memasuki stadium tersebut, sebahagian daripada mereka cuba merapati dan bersalaman dengan beliau.

Malah ada di kalangan mereka yang mahu bergambar dengannya termasuk berasak-asak dengan jurugambar ketika presiden PKR berada di atas pentas ceramah.

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar mengkritik langkah kerajaan Malaysia mengendalikan insiden kehilangan misteri pesawat MH370 yang memasuki hari ketujuh.

Beliau yang baru temubual oleh media antarabangsa turut menempelak menteri berkaitan yang memberi kenyataan bercanggah dengan pihak berkuasa dan isu penggunaan 'bomoh kelapa' dalam usaha menyelamat dan mengesan pesawat berkenaan.

"Malu... Zam, zam ala kazam. Satu dunia tengok kita," kata sambil diiringi gelak ketawa hadirin sambil memaklumkan anak lelaki Dr Yusuf Al-Qaradhawi menghubunginya turut mengecam tindakan penggunaan bomoh itu.

Mengulas mengenai ancaman bomoh itu yang mahu menampar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, ahli parlimen Permatang Pauh berkata:

"Jawab... hangpa lawan penampar. Aku tak mahu campur... Baling bola dan kelapa. (Siapa menang) antara bola dan kelapa," katanya. mk

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...