KAJANG 24 Mac: Keputusan Pilihan Raya Kecil Kajang membuktikan satu
suara referendum rakyat untuk menolak Umno- BN, kata pengarah jentera
pilihanraya Pas, Dr Hatta Ramli.
Tambahnya,
keputusan ini menunjukkan rakyat bangkit dan seterusnya menunjukkan
sokongan yang kuat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.
“PRK Kajang menunjukkan pandangan rakyat dan wajib untuk semua
menolak Umno-BN atas tindakan zalim seterusnya kita harap dan yakin
perasaan ini turut disuarakan di seluruh negara dan bukan hanya di
Kajang sahaja,” kata Hatta.
Keputusan PRK Kajang memberikan satu kemenangan yang amat besar bagi
Pakatan Rakyat dan ini menunjukkan rakyat sudah mula bangkit menolak
kerajaan Umno -BN.
“Ini satu kejayaan yang amat manis dan meyakinkan kita, rakyat Kajang
membuat satu pungutan suara referendum atas isu-isu yang kita
bangkitkan antaranya kes-kes Anwar Ibrahim dan Karpal Singh,” katanya
lagi..
Keputusan PRK Kajang seperti jangkaan menjadi milik Datuk Seri Dr Wan
Azizah Ismail dengan jumlah undi sebanyak 16,741 yang diumumkan di
Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.
“Kita sangat berpuashati terutama apabila kita membuat sedikit
kajian, pertambahan undi orang Melayu dan beberapa peti undi yang
sebelum ini kita kalah menunjukkan golongan muda semakin menyokong
kita,” ujar Hatta.
Tambahnya lagi, keputusan kemenangan ini merupakan ramuan perubahan
yang amat penting untuk melakukan perubahan dengan penambahan sokongan
kepada PR terutamanya di Selangor.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...