SHAH ALAM 2 FEB : Keputusan menempatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai calon di DUN Kajang memberikan tekanan berganda
kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertahan atau mengekalkan kuasanya
sebagai pemerintah.
Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Shahbudin Husin, berkata
Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai kelebihan berbanding BN
berikutan deretan kelemahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang
begitu terserlah sejak kebelakangan ini.
Katanya
kredibiliti Najib kini bukan saja dipertikai dan diragui rakyat, malah
terdapat banyak kelompok yang sebelum ini memberi sokongan kepadanya
dilihat sudah menarik ‘brek tangan’ masing-masing dan mulai terbuka
mengkritik serta mempertikaikannya.
“Ramai yang hilang keyakinan bahawa Najib mampu memimpin kejayaan
kepada Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang, termasuk bekas
Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
“Meskipun Najib mempunyai ramai penyokong dah kelihatan menonjol,
tetapi semua itu bukan kerana kualiti kepimpinan atau ketegasannya dalam
menyelesaikan masalah.
“Ditambah
dengan pelbagai isu kritikal yang berlaku dalam negara sejak dulu,
ketegasannya hampir tidak menonjol, malah Najib sebenarnya lebih sesuai
menjadi pemimpin ketika aman dan bukannya dalam suasana krisis,” katanya
dalam satu kenyataan di blog.
Malah kelemahan Najib menerajui Umno-BN semakin terserlah dalam
PRU-13 yang lalu apabila semakin banyak majoriti kerusi terlepas ke
tangan PR dan kebarangkalian untuk majoriti itu terus berkurang tidak
dapat disangkal.
“Kebarangkalian untuk BN kalah terus juga tidak dapat ditolak lagi
jika Najib terus berada di kedudukannya sekarang,” katanya lagi.
EZY
Selangorkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...