KUALA
LUMPUR 21 JAN: Sekatan kerajaan Jepun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim
memasuki negara itu mengejutkan, kerana rekod pejabat Ketua Umum
KEADILAN itu menunjukkan tiada isu yang boleh menyebabkan beliau
dihalang, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd
Akin.
“Untuk rekod, pada tahun 2011 dan 2012, Datuk Seri Anwar ada memasuki Jepun tanpa halangan.
“Namun kenapa beliau dihalang dari memasuki Jepun pada 19 Januari
lalu,” kata Shamsul ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan
memorandum bantahan di kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak, hari ini.
Justeru,
Shamsul menggesa jawapan munasabah dari kedutaan Jepun kerana
menyenaraihitam nama Ketua Pembangkang yang mendapat jemputan rasmi
untuk membentangkan kertas kerja untuk Yayasan Nippon.
Jepun juga telah memansuhkan permohonan visa oleh rakyat Malaysia ke negara itu semenjak Julai 2013
“AMK dan KEADILAN meminta kedutaan Jepun segera menyiasat insiden
tersebut dan memberi penjelasan menyeluruh selain membuat permohonan
maaf,” kata Shamsul yang juga merupakan ahli parlimen Bukit Katil.
KeadilanDaily
umno kot yg telepon jepun suruh halang anwar.
BalasPadamHalang duta jepun msuk mlaysia jgk...
BalasPadam