KUALA LUMPUR 19 DIS: Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim (kanan) dalam akuan bersumpahnya mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengemukakan afidavit palsu.
Dalam perakuan bersumpah Mat Zain yang didedahkan 7 Oktover lalu,
Najib mengemukakan afidat pasli untuk menyorokkan salahlaku Peguam
Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail.
Menurut Mat Zain, pada September 2011 satu sapina diserahkan kepada
Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi
keterangan dalam kes perbicaraan fitnah II keatas Ketua Umum KEADILAN,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Najib Razak menerusi peguamnya mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mengetepikan sapina berkenaan.
Najib mengikrarkan afidavit sokongan dan pembetulan pada September 2011 bagi menyokong permohonannya.
Najib didalam Afidavit tersebut memohon supaya sapina tersebut
diketepikan kerana beliau tidak dapat memberikan sebarang keterangan
yang relevan yang dapat membantu mahkamah dalam perbicaraan tersebut.
Datuk Mat Zain Ibrahim didalam akuan bersumpahnya mendedahkan, ikrar
dikemukakan Najib dalam perenggan 5 dan 13 dalam afidavit tersebut palsu
dan tidak benar.
Ini kerana menurut Mat Zain, Najib telah ditaklimatkan olehnya
berkaitan perbuatan pemalsuan keterangan dalam penyiasatan insiden mata
lebam sejak Oktober 2008.
Kata Mat Zain, tidak munasabah dan satu pembohongan apabila Najib
bersumpah bahawa beliau tidak dapat memberikan maklumat releven kepada
mahkamah berkaitan isu yang dibawa pihak pendakwaan.
“Saya menekankan bahawa dengan mengikrarkan afidavit sedemikian rupa
menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib, secara bersungguh-sungguh dan
dengan sengaja membenamkan apa-apa keterangan salahlaku Gani Patail,”
tulis Mat Zain dalam akuan bersumpahnya.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...