KUALA LUMPUR 21 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kelemahan dasar kerajaan menjadi faktor utama hampir 130,000 diisytiharkan muflis dalam tempoh tujuh tahun.
Beliau berkata masalah kewangan akibat peningkatan gaji yang perlahan, kos sara hidup yang tinggi dan beban hutang isi rumah menjadi faktor ramai individu diisytiharkan bankrap.
Shamsul_AMK"Mereka yang terperangkap adalah kelas pertengahan berpendapatan isi rumah 4,000 ke atas yang menjadi kelompok paling ramai muflis dan mereka tidak mendapat bantuan dari kerajaan.
"Kelas pertengahan ini yang mengunakan kad kredit, ada yang pinjam along kerana pendapatan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan asas,"
"Pada masa sama kerajaan terus membebankan rakyat dengan mengumumkan siri kenaikan harga barang, tol, minyak dan lain-lain.
Keadaan ini menyumbang iklim ekonomi yang tidak seimbang dengan pendapatan dan perbelanjaan rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.
Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengumumkan seramai 129,640 diisytiharkan muflis dalam tempoh 2005 hingga 2012. Daripada jumlah itu, sebanyak 68,299 adalah individu berusia di bawah 45 tahun.
Antara faktor menyebabkan muflis adalah kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan perumahan.
Menurut Shamsul, kerajaan tidak mempunyai idea baru untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan gagal menguruskan wang rakyat hingga berlaku ketirisan saban tahun.
"Di negara lain, cukai yang tinggi diterjemahkan kerajaan dengan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan awam untuk meringankan ekonomi rakyat.
"Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia apabila harga kereta mahal dan rakyat tiada pilihan. Kerajaan juga tidak ada mekanisme untuk mengawal harga rumah yang semakin tinggi," ujarnya.
Justeru beliau menyeru kerajaan mengambil langkah mengatasi masalah ini seperti membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mebantu rakyat yang berdepan masalah hutang.
Malah, institusi zakat juga, katanya perlu diperkasakan bagi membantu golongan itu yang dikategori sebagai asnaf.
Keadilandaily
Kerajaan harus juga tanggungjawab ke atas kes Muflis tersebut disebabkan pinjamam rumah dan kereta dari bank dikenakan faedah yang tinggi sehingga lebih 10% kalau pemimjam tidak mampu bayar bulan ansuran.
BalasPadam