KUALA LUMPUR 20 DIS: Lawyer for Liberty (LFL) menggesa kerajaan
menarik lantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua
pendakwaraya dalam kes rayuan pembebasan Fitnah II, kerana pejabat
Peguam Negara (AG) mempunyai ratusan pendakwaraya.
“Ini
mengukuhkan persepsi orang ramai bahawa pejabat AG berpihak dan
bertindak atas arahan Umno untuk mendakwa pembangkang dan mencipta
tuduhan politik.
“Pejabat AG mempunyai ratusan timbalan pendakwaraya yang
berkelayakan. Shafee takkan mampu memberikan perbicaraan yang adil.
Lantikan Shafee sebagai pendakwaraya mesti ditarik semula,” kata
jurucakap LFL, Eric Paulsen (gambar).
Kata Eric, Shafee adalah peguam Umno yang terkenal dan muncul di
mahkamah sebagai penasihat dalam banyak kes melibatkan kepentingan Umno.
Shafee juga menjadi peguam kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan
musuh-musuh politik Anwar.
Malah, Shafee sendiri terlibat dalam beberapa perbicaraan melibatkan kes fitnah berprofil tinggi yang difailkan Anwar.
“Tujuan
dakwaan jenayah bukannya untuk menyabitkan sesuatu tuduhan, tetapi
meletakkan perbicaraan dengan adil, bebas dengan mengemukakan semua
bukti kepada mahkamah sebelum sesuatu keputusan dibuat.
“Manakala pendakwaraya bukan menentukan kesalahan, melainkan
memastikan seseorang tertuduh menerima perbicaraan dengan adil,” kata
Eric.
Berdasarkan pelbagai fakta didedahkan kata Eric, Shafee tidak boleh
melaksanakan peranannya sebagai pendakwaraya tanpa curiga, prejudis dan
campur tangan politik.
“Tarik semula pelantikan Shafee sebagai pendakwaraya dari mengetuai pejabat AG dalam kes ini,” tegas Eric.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...