Tolak usul intipan tunjuk kerajaan Najib lemah – Anwar
KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER: Pakatan Rakyat membantah penolakan kerajaan
terhadap usul mengecam pengintipan Amerika Syarikat (AS), Australia dan
Singapura ke atas Malaysia.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap kerajaan
yang tidak habis-habis berlembut dalam isu tersebut menunjukkan
kelemahan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita
tidak setuju dengan cara kerajaan yang terlalu lemah. Saya ulangi sifat
kerajaan yang lembik menangani isu ini sepertimana saya nyatakan minggu
lepas.
“Kita bantah isu yang serius menyentuh kepentingan negara,
keselamatan negara dan maruah negara yang boleh ditolak
sewenang-wenangnya,” kata Anwar kepada Keadilan Daily.
Usul tergempar yang dibentangkan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul
Iskandar Md Akin semalam ditolak Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia
dengan alasan ia tidak perlu disegerakan untuk dibincangkan.
Usul itu yang dibentangkan menurut Peraturan Mesyuarat 18(1)
bertujuan mengutuk tindakan ketiga-tiga negara tersebut yang didakwa
bekerjasama sesama mereka untuk memintas maklumat radio, telekomunikasi
dan internet negara bagi mengintip Kerajaan Malaysia dan pemimpin
negara.
Shamsul ketika membacakan usul berkenaan berkata, akhbar Australia – Der Spiegel dan Sydney Morning Herald
melaporkan, terdapat risikan ke atas Malaysia oleh Kedutaan AS dan
Suruhanjaya Tinggi Australia seperti didedahkan pemberi maklumat
perisikan, Edward Snowden.
“Yang terkini, seperti dilaporkan media Belanda iaitu NRC Handelsblad,
Singapura juga didedahkan sebagai turut membantu menyediakan akses
komunikasi dan menjadi rakan utama dalam kumpulan perisikan ’5-Eves’
yang diketuai AS bagi tujuan merakam perbualan telefon dan memantau
rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.
“Selanjutnya media Australia, Fairfax pula mendedahkan
bahawa Singapura merupakan rakan kepada Agensi Perisikan Elektronik
Australia iaitu “Defence Signals Directorate” untuk memintas kabel
SEA-ME-WE 3 yang merupakan kabel telekomunikasi terpanjang di dunia dan
diuruskan Singtel, syarikat telekomunikasi milik Kerajaan Singapura.
“Sementara kita memperakui hubungan diplomatik yang terjalin antara
Malaysia dan AS, Australia serta Singapura di mana asas utama kepada
perhubungan ini ialah kepercayaan sesama negara, akan tetapi aktiviti
pengintipan dan risikan terhadap setiap pimpinan negara ini tentunya
mencabuli negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka,” kata Shamsul yang
juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN.
Tambahnya, Malaysia perlu mencontohi tindakan tegas pimpinan Brazil,
Jerman dan Indonesia yang membantah pengintipan antaranya menuntut
permohonan maaf serta memanggil pulang duta mereka di Australia.
“Kecaman keras daripada Dewan perlu bagi memberi tekanan kepada
ketiga-tiga negara. Mesej jelas dan tegas perlu dizahirkan oleh rakyat
Malaysia kepada mereka.
“Kegagalan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri untuk
mengeluarkan pendirian tegas akan menyebabkan tindakan biadap ini terus
berlaku,” katanya.
KeadilanDaily
pemimpin malaysia yang diterajui oleh NAJIB adalah kepimpinan PENGECUT yang hanya berani menganiayai rakyat sendiri tapi hilang pelir bila berdepan dengan negara asing. Hakikatnya Singapura menyimpan banyak rahsia tentang rasuah dan moral pemimpin Malaysia..itu sebab merekaa ini kecut...
BalasPadamdan ajaibnya penyokong UMNO terus setia dengan pemimpin korup dan pengecut ini.....ta dak akal betol...
BalasPadam