Azmin koyak dan gotel kertas usul tanda protes. |
Keadaan parlimen hampir-hampir tidak terkawal dan situasinya lebih dahsyat dari keadaan di stesen kereatapi di Bombay.
Ia bermula dari tindakan pihak kerajaan hendak mengemukakan usul bagi menggantungkan ahli parlimen Padang Serai (N Surendran) yang didakwa telah melakukan penghinaan ke atas Speaker Pendikar Amin Mulia di lobby parlimen minggu lepas.
Usul itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (Batang Sadong).
Wakil pembangkang sepakat bangun memprotes. |
Antara kecatatan usul itu menurut pihak pembangkang ianya dibawa kerana belum cukup matang dan melanggar peraturan khas Peraturan 27(3) dan tidak merupakan sesuatu yang perlu disegerakan kerana ia tidak berkepentingan umum. Oleh itu ias juga dianggap sebagai usul haram dan tidak perlu dibawa.
Penjelasan dan sikap Speker (Pendikar Amin Mulia kemudian diteruskan oleh Ronald Kiandee) yang dianggap berdolak dalih dan membuat dua tafsiran dalam satu masa makin menyebabkan wakil pembangkang 'terbakar perut' dengan usul berkenaan. Wakil pembangkang mempersoalkan satu masa spekaer mengatakan usul berkenaan memenuhi dari keperluan masa, manakala dalam masa lain bilan dihujah, mengatakan ia tidak perlu kerana ia usul kerajaan.
Antara wakil pembangkang yang lantang bangun membantah usul berkenaan dan mengemukakan pandangan berkali-kali ialah ahli Parlimen Gombak (Mohamed Azmin Ali), ahli Parlimen Shah Alam, (Abdul Khalid Samad), ahli parlimen Sepang, (Hanifah Maidin).
Ahli Parlimen Gatah Patah (Lim Kit Sing) ahli parlimen Puchong (Gobind Singh Deo ) juga beberapa kali bangkit memberi pandangan dan meminta usul berkenaan tidak dikemukakan.
Gobind Deo berhujah usul itu cacat apabila tertuduh (Sunderan) tidak dibawa ke jawatan kuas hak-hak parlimen terlebih dahulu untuk mengakji kesalahan apa yang dituduhkan ke atas Sunderan itu. Beliau menganggap kealpaan ini sebagai satu yang kejam.
Bagaimana pun pandangan Gobind itu tidak dipedulikan oleh Timbalan Speker, Kiandee yang mempengerusikan mesyuarat sebaik mengambil alih dari Pendikar Amin selepas sessi soal jawab jam 11:30 pagi.
Apa yang menyebabkan pihak pembangkang naik angin dan terus berdegil dan bertikam lidah beberapa kali dengan Ronald Kiandee dan ketika ini menyebabkan pihak kerajaan yang mulanya memerhati, bangun untuk membela timbalan spekaer itu dan menganggu pencelahan pembangkang yang dibuat menerusi point of oder.
Hampir semua ahli parlimen bangun. |
Gara-gara itu kedengtaran laungan; "spekaer bias, spekaer bias" beberapa kali dari blok pembangkang.
Ekoran sampukan dan jeritan dari blok kerajaan menyebabkan speaker hilang kawalan dan membiarkan sahaja keadaan. Antara wakil kerajaan yang bangun, adalah 'jaguh mulut' mereka yang tidak asing lagi, Bung Mokhtar (Kinabatangan), Noh Omar (Tanjung Karang). Mereka inilah yang lantang dan begins macam lembu hendak bersanggama berdepan dengan pembangkang.
Tuduh menuduh dan 'gelar mengelar', ejek mengejak berlaku di antara Noh Omar dengan Azmin sehingga lebih lima minit. Satu masa Noh mengungkit isu peribadi Azmin dengan membangkitkan isu hubungan Azmin dengan ibunya. Manakakala Azmin pula mebalaskan balik kecaman Noh Omar dengan meminta Noh balik pelihara undang. Azmin yang mendapat laluan menerusi point of oder terus dikacau oleh Noh Omar yang berdiri dan tidak menghiraukan arahan speaker.
Keadaan memuncak apabila speaker hendak membuat keputusan agar usul itu dibaca. Ketika ini semua ahli parlimen pembangkang, (kecuali yang dua atau tidak orang yang berkopih), semuanya berdiri sambil mengangkat kertas usul berwarna hijau sambil melaung-laungkan perkataan; usul haram... usul haram... yang lagaknya seperti berdemonstrasi.
Ronald Kindde dikejam hebat. |
Reaksi itu makin memanaskana cuping telinga pihak kerajaan kerana mereka tercabar menyebabkan semua mereka bangun berlawan kata-kata dengan pembangkang. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) yang ada dikerusinya hanya tersenyum dan sesekali menggeleng-gelengkan kepala.
Manakala ahli parlimen yang menjadi subjek perbahasan, Surendran (Padang Serai) juga ada di dalam dewan. Beliau kelihatan senyap dan memerhati apa yang berlaku dengan mata yang terkulat-kulat. Beliau juga mungkin tidak menyangka yang rakan-rakannya begitu sekali membelanya dari dikenakan tindakan.
Apa yang berlaku hari ini rasa belum pernah terjadi di sepanjang saya menjadi pemerhati persidangan parlimen sejak 25 tahun lalu. Kalau pun ada pertikaman lidah, jerit menjerit tetapi tidak sampai ke tahap seperti hari ini di mana ianya menyamakan keadan seperti di parlimen Korea, China dimana sampai berlaku baling membaling kerusi.
Sebenarnya situasi buruk dan huduh itu dapat diatasi sekiranya speaker berlaku adil dan mengambil tindakan bijaksana dan membuat perhitungan bukan atas emosi. Mungkin langkahnya untuk memberi pengajaran kepada Sunderan dan ahli parlimen lain agar menjaga kemuliaan dewan dengan usul itu, tetapi kerana kurang bijak menyebabkan niat yang baik itu tidak terlaksana. Sebaliknya dengan apa yang berlaku di parlimen sekejap tadi telah merekodkan satu keadaan buruk di parlimen Malaysia yang tidak harus berulang lagi di masa akan datang. Malu.
Usul itu yang dianggap cacat dan haram oleh pembangkang akhirnya dikemukakan dan dipersetujui secara undi belah bahagi jam 12:47 minit petang. Seramai 92 ahli parlimen UBN menyokong mana kala yang lain tidak mengundi. [wm.kl.1:34 t/hari 14/11/13]
http://msomelayu.blogspot.com
Inilah akibat tiada keadilan, parlimen jadi huru-hara - tak puashati
BalasPadamPULAU SAJE PARLIMEN TU DAN YANG ITU TERBAIK.NAK BUAT APA LAGI DAH SETENGAH NYA PEMBUNUH PENYANGAK ,PENYAMUN ,PEROMPAK.DAN SETERUSNYA PENGKHIANAT PADA RAKYAT DAN NEGARA.
BalasPadamapa nak jadi le dgn malaysia skrg ini? Seolah-olah rahmat Allah SWT makin jauh dan semakin jauh. Tolonglah Ya Allah, Kau pilihlah hanya pemimpin yang betul betul layak untuk mengemudi Malaysia ini Ya Allah, bukannya dari golongan yang menolak Al Quran dan Hadith Ya Allah, selamatkan Malaysia Ya Allah, tolonglah kami seluruh rakyat Malaysia Ya Allah, Stabilkan negara kami Ya Allah, Kau tunjukkanlah siapa yang benar siapa yang salah Ya Allah, sesungguhnya kami tidak mengerti apa-apa, Kau jatuhkanlah mereka yang mengkhianati negara ini Ya Allah. Amin Ya Rabal Alamin.
BalasPadam