KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar
mempersoalkan tindakan Kerajaan BN menempatkan 30 anggota polis cawangan
khas di London, England.
Ahli
Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kos menempatkan kontinjen tersebut
di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman
keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.
“Bukankah lebih baik sekiranya anggota-anggota cawangan khas tersebut
digunakan untuk membuat rondaan di kawasan perumahan di Malaysia,” kata
Nurul Izzah, dipetik The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi.
Katanya, beliau mendapat tahu tentang saiz kontinjen di London itu
selepas meneliti laporan Rancangan Malaysia ke-10, laporan bajet tahunan
dan jawapan soalan kepada Kementerian Dalam Negeri di dalam Dewan
Rakyat.
Nurul Izzah berkata, kontijen London itu merupakan satu lagi contoh
pentadbiran Barisan Nasional gagal menggunakan sumber manusia pasukan
keselamatan secara efektif bagi menangani jenayah.
Ini kerana, katanya, tugas utama polis yang ditempatkan dalam
cawangan khas adalah untuk melakukan intipan terhadap ahli politik
Pakatan Rakyat.
“Pada 1954, untuk memerangi Komunis, kita ada 459 polis cawangan
khas. Sekarang kita ada 8,200 anggota cawangan khas. Maksudnya kita ada
lebih ramai polis cawangan khas sekarang berbanding zaman darurat.
“Jumlah anggota cawagan khas juga bertambah semasa Najib jadi Perdana
Menteri. Pada 2008 kita mempunyai 5,000 anggota cawangan khas. Jumlah
itu bertambah sebanyak 3,000 semasa pentadbiran Najib,” kata Nurul
Izzah.
Beliau berkata, kes jenayah yang bertambah dapat diselesaikan
sekiranya anggota cawangan khas ditukarkan kepada Jabatan Siasatan
Jenayah (CID).
Katanya, tahun lalu, cawangan khas menghasilkan 830,000 laporan
intipan dan kebanyakannya tentang ahli politik Pakatan, berbanding
dengan CID yang menyelesaikan 60,000 kes jenayah.
“Mengapa mereka tidak boleh diletakkan ke dalam CID supaya kita boleh meningkatkan kadar siasatan jenayah,” kata Nurul Izzah.
KeadilanDaily
NURUL NURUL INILAH YANG DIKATAKAN MEREKA INI DAYUS PERINGATAN. URUSAN PENIPUAN SEMUA AKAN DIURUSKAN OLEH PIHAK INI CONTOH NYA MENCARI JALAN UNTUK MENYOROK DIRI DAN DUIT.LAIN LAIN KERJA TIADA YANG BERSANGKUTAN.ITU LAH SEBAB NYA KALU KITA BERKERJA DEMI DUIT KITA AKAN DAPAT DUIT.TETAPI KALAU KITA DEMI ALLLAH INSYALLAH SEMUANYA KITA DAPAT
BalasPadam