Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, November 09, 2013

Keluar parti tak jejas PKR

KUALA TERENGGANU – Tindakan Adun Kadamaian, Jeremmy Malajad keluar PKR dilihat tidak akan menjejaskan parti itu termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha PKR Terengganu, Wan Bukhari Wan Mohamad menegaskan, pengundi sudah tentu hilang kepercayaan kepada calon tersebut tetapi bukannya PKR.

“Lebih baik keluar parti daripada berada dalam parti sekiranya ia boleh memberi kesan yang negatif kepada PKR. Baik dia keluar awal dan bukannya pada saat-saat akhir,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Jeremmy yang keluar PKR berkuat kuasa 4 November lalu dan menjadi wakil rakyat bebas serta menyokong BN.

Wan Bukhari menjelaskan, walaupun terkejut dengan tindakan wakil rakyat tersebut, namun menganggap ada hikmat di sebaliknya kerana parti tidak memerlukan seseorang yang tidak istiqamah dalam perjuangan.

Dalam masa sama katanya, mana-mana pihak tidak berhak menghalang individu tersebut berbuat demikian yang didakwa sudah hilang kepercayaan kepada parti.

“Kita harap perkara ini tidak berbangkit pada masa depan dan parti sebelum ini sudah membuat tapisan yang rapi bagi mengelak perkara sama berulang,” katanya.

Beliau juga turut menggambarkan tindakan sedemikian sebagai pengkhianatan terhadap parti dan rakyat di kawasan Kadamaian.

Jelasnya, Jeremmy bukan sahaja menghilangkan kepercayaan rakyat yang memilihnya tetapi turut merugikan tenaga parti pada PRU13 lalu, wang ringgit dan memberi kesusahan kepada pengundi.

“Perkara ini menyebabkan pengundi hilang kepercayaan kepada calon dan bagi saya orang macam ini tidak istiqamah dalam perjuangan parti,” katanya.

Menyentuh perkara sama, beliau bagaimanapun menganggap isu keluar parti adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana parti tetapi mungkin bukan dalam kalangan Adun sebagaimana berlaku terhadap PKR.

Sinar Harian

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...