KEGERSANGAN politik tanahair, yang telah membawa berbagai-bagai padah yang buruk entah bilakan selesai.
Kerajaan hari ini sibuk dengan berusaha untuk memperbaiki keyakinan
rakyat terhadapnya, tetapi mereka tidak pun memahami apa kesalahan yang
mereka lakukan dan seterusnya mereka tidak tahu bagaimana untuk
memperbaikinya.
Bagaimana hendak membetulkan keadaan jika mereka (pemimpin kerajaan)
tidak tahu masalah sebenar yang hendak mereka selesaikan itu.
Selalu mereka tidak tahu pun apa yang mereka lakukan itu adalah
tindakan yang salah. Pendeknya mereka melakukan tindakan salah terhadap
isu yang salah dan tidak terjumpa penyelesaian hingga ke akhir.
Sekarang sudah sampai ke tahap yang amat meruncing sehinggakan pimpinan
termasuk pucuk pimpinan melakukan tindakan yang salah dan tidak
menepati maksud untuk membetulkan kesalahan yang mereka sendiri tidak
memahami masalahnya. Negara telah terbiar begitu lama dengan masalah
yang terlalu banyak di lakukan kerajaan.
Setiap minggu ada sahaja isu yang keluar dan terpampang di mata rakyat.
Hari ini isu besar yang kita dengar ialah isu kewibawaan Peguam Negara, Gani Patail.
Isu salah laku Gani Patail berhubung dengan isu kehadiran dua orang
agen CIA di pejabat Peguam Negara menjadi hangat apabila salah seorang
dari dua bekas Perdana Menteri kita telah bertindak merundingkan apa
yang perlu di lakukan terhadap Peguam Negara di atas beberapa isu yang
telah di timbulkan oleh beberapa pihak terhadap Gani.
Di antara isunya, selain dari isu terbaru iaitu tentang kehadiran dua
orang penasihat kepada Peguam Negara dari AS itu, ialah isu yang sering
di timbulkan oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim sejak
beberapa tahun yang lalu.
Bekas Ketua CID, PDRM itu telah menulis beberapa surat terbuka dan
begitu lantang menzahirkan apa yang beliau anggap sebagai salah laku
seorang Peguam Negara yang sepatutnya mempunyai kewibawaannya untuk
melihat salah laku yang dilakukan kepada pengadilan terlaksana.
Datuk Mat Zain telah menunjukkan bukti kukuh yang Peguam Negara telah
menyalahgunakan kuasa dengan menutup isu dan kesalahan besar pimpinan
dan mendiamkan isu yang sepatutnya di ketengahkan.
Jika kita ingat berbagai-bagai isu telah tidak di ambil tindakan
semata-mata mereka adalah dari kumpulan berkuasa dan berpengaruh.
Tidak salah tuduhan setengah pihak jika kesalahan dilakukan oleh mereka
yang mempunyai otot politik maka Gani akan mengambil tindakan
membenamkan sahaja isu mereka yang bersalah itu.
Semuanya ini tidak ada tindakan yang diambil oleh pimpinan khususnya
oleh Perdana Menteri dan sebahagiannya berlaku semasa pimpinan Dr
Mahathir sendiri.
Tindakan Dr Mahathir untuk mengetengahkan isu ini amatlah baik tetapi
Dr Mahathir juga perlu bertanggungjawab kerana banyak juga isu terhadap
Gani ini telah di ketahui umum semasa beliau menjadi Perdana Menteri
dahulu.
Malahan banyak tindakan Gani semasa Dr Mahathir menjadi PM dahulu
menunjukkan yang Gani itu hanyalah ‘conduit’ kepada kemahuan dan
kehendak Dr Mahathir sendiri.
Sekarang isu terhadap Gani semakin hari semakin menggunung tetapi
Perdana Menteri Najib tidak mengambil apa-apa tindakan susulan terutama
dalam isu kehadiran dua pegawai tinggi AS dalam pejabat Peguan Negara
itu sekarang.
Walaupun Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjadi sasaran
intipan AS tetapi Gani tetap bersama dua pegawai kanan AS di dalam
pejabatnya itu.
Bukan sahaja Najib, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri yang bertanggungjawab
terhadap keselamatan Negara sendiri hanya mendiamkan diri dan tidak
nampak tindakan yang di lakukan beliau sehingga hari ini. Isu ini
bukannya isu yang kecil untuk di diamkan begitu sahaja.
Apa masalah yang mereka hadapi sehingga mereka tidak berkata-kata
langsung di dalam rakyat sedang memerhati tindak laku pimpinan yang
rakyat begitu tidak meyakini sekarang ini.
Bagi orang ramai Gani sepatutnya tidak lagi perlu berada di sana dan
sebaik-baiknya ialah dengan berehat dan seterusnya mengundurkan diri
sementara penyiasatan di lakukan ke atas beliau dalam semua tuduhan
terhadap beliau itu.
Jawatan itu adalah jawatan penting untuk sebuah demokrasi kita. Jika
tidak di lakukan apa yang sepatutnya, maka tidak lagilah berhak untuk
kita mengaku yang negara kita sebagai negara demokrasi.
Najib dan Zahid sepatutnya keluar dengan tindakan yang jelas untuk
menyelesaikan isu ini. Berdiam diri adalah pengakuan terhadap berlakunya
isu-isu itu.
Bagi pihak ramai sekarang ini jika perkara seperti ini tidak dapat di
selesaikan oleh pucuk pimpinan kita, desakan untuk mereka meletakkan
jawatan sememangnya sudah lama kita dengari. Mereka sepatutnya
mengangkat tangan kepada rakyat tanda menyerah diri di atas kelemahan
mereka menghadapi isu yang begitu besar bagi negara ini.
Percayalah nasib dan keselamatan negara bergantung kepada ketokohan
pimpinan menangani isu yang sangat besar kepada rakyat dan mana-mana
negara sekali pun. Jika pimpinan tidak mempunyai tulang belakang, mereka
sepatutnya bersara.
Jangan menyusahkan rakyat kerana ketidak-mampuan mereka memimpin kita.
Walaupun dalam barisan kepimpinan Tertinggi Umno sudah tidak punya
kepimpinan, ramai lagi pemimpin Umno dan dari luar Umno boleh mengambil
alih untuk menyelesaikan semua masalah yang kita hadapi sekarang.
Blog ini tidak pernah lupa menyeru agar Umno menukar kepimpinannya serta merta dan tidak boleh berlengah lagi.
Jika Umno sudah tidak lagi mampu untuk melakukan perubahan itu maka
parti-parti dalam BN wajar melakukan tindakan perubahan ini jika mahukan
BN itu masih relevan sehingga satu jangka yang lebih panjang lagi.
Masalah dengan BN hanya satu, iaitu masalah kelemahan kepimpinan Umno.
Umno itu parti yang menunjangi BN, jika Umno menjadi lemah maka BN itu
sendiri akan rebah dan akan berakhir usianya.
Umno tidak mampu melakukan pembetulan untuk mereka sendiri kerana semua
yang berada di dalam barisan kepimpinan iaitu Majlis Tertingginya itu
tidak ada yang berkelayakan untuk melakukan perubahan dan pembetulan
diri sendiri itu.
Selagi barisan kepimpinan Umno yang ada dalam Majlis Tertinggi ini
masih tidak mahu akur tentang hakikat kelemahan mereka selagi itulah
politik tanahair kita tidak akan selesai.
Isu-isu besar yang sedang kita hadapi hasil dari kelemahan dan ketidak
ada hala tujuan yang jelas sebagai pemimpin sebuah negara ini, amat
menakutkan rakyat yang sedar tentang bahayanya. Isu besar
bertimbun-timbun, lepas satu isu timbul isu-isu lain.
Belum selesai isu lama isu-isu yang baru datang sebagai arus air yang
amat deras yang akhirnya akan menganjak dan mengalih asas kepimpinan
negara kita dan perjuangan rakyat dalam mengisi kemerdekaan yang telah
kita capai sekian lama itu.
Jika dihalusi sebab yang menyebabkan datangnya isu-isu yang menakutkan
ini, ialah kerana Umno tidak pernah membina kepimpinannya sejak Dr
Mahathir mengambil alih kepimpinan negara dahulu.
Bahananya kita rasai selepas beliau meninggalkan teraju kepimpinannya.
Tidak ada usaha untuk pembinaan kepimpinan di zaman beliau menjadi PM
dahulu menyebabkan kita terpaksa mewarisi pimpinan yang kosong jiwanya.
Pemimpin yang baik semuanya di bunuh secara beransur-ansur semata untuk
memimpin bersama ‘yes men’ dan ‘yes sir’ di sekeliling beliau. Mahathir
tidask pernah mahu ‘co-exist’ dengan pemimpin-pemimpin berwibawa yang
beliau rasakan akan menjatuhkan beliau.
Sesungguhnya Dr Mahathir itu walaupun kita mendengar kata-katanya
sebagai seorang yang keras tetapi di dalam beliau itu adalah jiwa yang
amat kecil dan jika hendak menjadi pemimpin yang berwibawa pada
pandangan ramai, pemimpin-pemimpin yang beliau takutkan itu terpaksa di
ketepikan dengan bebagai cara yang termampu oleh beliau lakukan.
Akhirnya Umno sebagai tunjang BN tiada kepimpinan lagi. Pemimpin di
dalam Umno itu ramai tetapi tidak ada yang berkepimpinan. Itu sebabnya
saya menyeru agar pimpinan parti-parti dalam BN itu wajar melakukan
perubahan itu dan lakukanlah dengan secepat dan se segera yang mungkin
demi menjaga keutuhan Malaysia yang kita cintai ini.
Dalam kes Gani Patail ini, Najib sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang
boleh menyenangkan hati rakyat. Jika Gani telah melanggar undang-undang
negara, tetapi Najib tidak juga mahu mengambil tindakan, maka Najib
sendiri sepatutnya mengundurkan dirinya secepat yang mungkin kerana
Peguam Negara itu adalah 'accountability' kerajaan.
Aspan Alias
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...