SHAH ALAM, 6 NOV : Indonesia memiliki sistem demokrasi yang lebih baik berbanding Malaysia, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Anwar, di Indonesia hak untuk memberikan pendapat dan pandangan lebih terbuka dibandingkan dengan Malaysia.
“Di Malaysia anda tidak bisa berbicara seperti ini, ini kelebihan yang tidak ada di negara saya,” kata Anwar.
Anwar berkata lagi, Indonesia berpeluang besar menjadi pemimpin pergerakan negara Muslim yang memiliki kelebihan populasi penduduk muslim yang besar serta demokrasi yang stabil untuk menjadi landasan kukuh merealisasikan hal itu.
“Indonesia berpeluang besar memimpin negara-negara Islam di dunia setelah negara Arab mengalami krisis maka pusat perkembangan Islam akan mengarah ke Asia Tenggara.
“Indonesia sebagai negara berpopulasi Muslim terbanyak dengan pertumbuhan ekonomi yang baik berpeluang dalam hal itu,” kata Anwar di Muzium Nasional, Jakarta pada Selasa.
Di petik dari Tribunnews.com, Anwar berkata, Kerajaan Indonesia masih bertindak ‘setengah-setengah’ ketika memperjuangkan kaum Muslim ketika mana Kerajaan Amerika Syarikat terlibat jauh dalam konflik di Syria, dan Mesir, Kerajaan Indonesia tidak bersifat tegas.
“Ketika Kerajaan AS melakukan itu, Indonesia tidak bertindak keras kepada mereka, tidak seperti Brazil ataupun Jerman, padahal ini cara untuk mewujudkan keterikatan terhadap perpaduan Muslim,” kata Anwar.
Ketika ini Indonesia mempunyai penduduk seramai 250 juta rakyat (statistik Julai 2013) dengan 88.2 peratus adalah beragama Islam atau 202.9 juta (statistik pada 2009).
Selangorku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...