Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, November 02, 2013

Anwar Ibrahim di Sg limau Terkini!!!

Sg LIMAU Di setiap ceramah yang disinggahnya semalam sewaktu berkempen untuk PAS, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 Menurut Anwar, beliau didatangi orang ramai yang menonton TV3 yang mendakwa beliau menyokong rancangan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan GST bermula April 2015. "Saya tanya mereka, kenapa percaya pada media-media ini. Mereka ini agen fitnah," kata Anwar dalam ceramahnya semalam.

 "GST itu efisien tetapi apa yang kami nyatakan ialah: kecuali sistem keseluruhannya baik, kita tidak sepatutnya dilaksanakan cukai baru itu," jelasnya. anwar ibrahim speaks in dulang besar at sg limau by-election"Kita jangan laksanakannya melainkan ada peningkatan harga padi, yang sudah 23 tahun tak naik-naik," katanya lagi.

Ketua Umum PKR itu berceramah di empat tempat semalam - Kampung Selengkoh, Pekan Sungai Limau Dalam, Simpang Tiga dan Dulang Besar (Yan Kechil). Di setiap tempat itu juga jalan raya sesak dengan kehadiran orang ramai untuk mendengar ceramahnya.

 Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...