KUALA LUMPUR 1 OKTOBER: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak untuk menjadikan ‘rasuah sebagai sejarah silam’ hanya tinggal
retorik politik tanpa sebarang pelaksanaan.
“Ini
bukan soal ikrar. Perlu ada tindakan dan keberanian oleh kerajaan,”
kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali kepada Keadilan Daily.
Laporan Barometer Rasuah Global (GCB) Transparency International 2013
yang dikeluarkan Transparency International Malaysia (TI-M) Julai tahun
ini menunjukkan tahap keyakinan awam terhadap SPRM merudum.
Menurut barometer itu, peratusan rakyat Malaysia yang menaruh
persepsi positif mengenai tindakan kerajaan dalam memerangi rasuah
menurun kepada 31 peratus daripada 49 peratus pada 2011.
“Terjemahkan hasrat melalui intgriti dalam bentuk akta, pelaksanaan dan penguatkuasaan,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.
Menurut kajian perunding audit antarabangsa, Ernst & Young,
Malaysia disenaraikan sebagai salah satu daripada negara paling rasuah
di dunia.
Manakala mengikut laporan Asia-Pacific Fraud Survey Report Series
2013, Malaysia bersama China memiliki tahap tertinggi rasuah daripada
mana-mana negara di seluruh dunia.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...