Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, September 24, 2013

TPPA: Malaysia jangan kompromi dengan Amerika – Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan tidak berkompromi dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) menjelang kedatangan Presiden Barack Obama bulan depan.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menegaskan, kedatangan Obama tidak boleh dilihat sebagai cara untuk Malaysia bersetuju dengan sebarang perjanjian tanpa mempunyai ratifikasi parlimen berhubung isu ini.

Izzah“KEADILAN dan Pakatan Rakyat tegas dengan pendirian berhubung isu TPPA, malah dari awal kami amat gusar dan tidak setuju dengan cara TPPA ini dibawa dalam skop negara dan Kerajaan Malaysia.

“Justeru, mana-mana pimpinan negara yang datang ke Malaysia tiada masalah untuk kita alu-alukan tetapi jangan sampai bersyarat,” ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mempersoal kesan positif Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terhadap negara yang menandatanganinya dengan AS kerana akhirnya negara terlibat hanya mengalami defisit.

“Saya ulangi negara yang menandatangani FTA seperti Mexico, Peru, Korea Selatan, Singapura dan Australia, semuanya mengalami defisit selepas menandatangani FTA dengan Amerika Syarikat.

“Jadi manakah pengembangan pasaran saham dalam kes ini?”, soal Nurul Izzah.

Keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...