Bimbang dengan kontroversi yang mungkin timbul MP Permatang Pauh
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya malam tadi meminta agar
warga kawasan tersebut memahami tujuan pertemuannya dengan Paus Katolik
di Rom kelak.
Anwar berkata beliau diundang untuk menghadiri
dialog peringkat tertinggi di antara pemimpin Islam, Kristian dan agama
lain di Rom.
"Paus berhasrat untuk bertemu dengan beberapa
delegasi mesyuarat itu untuk sedikit perbincangan kecil, dan saya salah
seorang daripadanya," katanya.
Beliau bukanlah orang yang
bertanggungjawab merancang melakukan pertemuan itu, kata Anwar yang
tidak menyatakan butiran lanjut mengenai dialog berkenaan.
Beliau berucap kepada kira-kira 300 orang dalam satu ceramah di Kubang Semang, Pulau Pinang semalam.
"Sewaktu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas perdana menteri
Dr Mahathir jumpa Paus itu pun tiada masalah," katanya.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...