VIDEO
Perbelanjaan polis dalam pilihan raya kecil Kuala Besut baru-baru ini melebihi RM8 juta, Parlimen diberitahu hari ini.
Dalam
jawapan bertulis kepada Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban), Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, angka itu melibatkan
3,364 orang pegawai polis yang ditugaskan di situ.
Daripada RM8.36 juta itu, kira-kira RM5.7 juta diperuntukkan untuk sewaan khemah untuk kegunaan kerja pegawai-pegawai.
Bagaimanapun,
Loke berkata, nisbah anggota polis berbanding penduduk juga tinggi,
dengan seorang pegawai untuk setiap lima penduduk Kuala Besut.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...