Umno perlu perubahan, kata bekas presiden
Dalam buku baru Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia, Abdullah (kanan) berkata, Umno sekarang berada di persimpangan dan perlu perubahan segera.
"Umno hari ini berada di persimpangan. Secara terus terang, ia perlukan perubahan.
"Saya sedar bahawa hari ini terdapat tahap kesedaran untuk memulakan perubahan. Tetapi tahap kesediaannya masih belum dilihat.
Katanya, Ketuanan Melayu bukan suatu hak, tetapi sesuatu yang mesti dicapai.
"Oleh kerana kamu bumiputera, kamu tak boleh harap semua orang berikan semua benda pada kamu dan panggil kamu 'tuan'," kata Abdullah, seperti dipetik dari buku yang akan dilancarkan tidak lama lagi itu.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...