Isu Syiah: NGO antarabangsa utus bantahan pada PM
Bantahan itu dinyatakan Shia Right Watch (SRW) melalui surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dan menteri agama Jamil Khir Baharom.
"Organisasi ini berharap kerajaan Malaysia membuat keputusan yang betul dengan mengiktiraf orang Syiah sebagai warganegara yang sah," menurut laman web SRC pada 1 Julai lalu.
Dalam kenyataannya itu juga, NGO yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat itu berhujah, kesemua golongan minoriti berhak mendapat pendidikan dan penerbitan untuk golongan mereka.
Justeru, tambah SRW, mengharamkan mana-mana ajaran agama dan sumber pendidikan jelas melanggar hak asasi manusia.
"Pengharaman dan sekatan sebegini terhadap kumpulan minoriti sedia ada dianggap sebagai pembersihan etnik," menurut SRW lagi.
NGO pimpinan aktivis dan bekas wartawan Mustafa Akhwand itu mengingatkan, berdasarkan International Bill of Human Rights, Deklarasi Hak Asasi ASEAN dan Deklarasi Islamabad, Malaysia harus melindungi golongan Syiah mengamalkan kepercayaan mereka.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...