Konflik Mesir: Anwar bidas sikap membisu Amerika, EU
KUALA LUMPUR 14 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
membidas sikap berdiam diri Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU)
berhubung konflik di Mesir yang semakin berlarutan.
Menurut Anwar, kegagalan Amerika dan EU merujuk konflik di Mesir
sebagai rampasan kuasa, apatah lagi mengutuk tindakan itu, mencerminkan
sikap double standard mereka.
Kritikan tajam itu dilontar dalam satu artikel yang ditulis Anwar bertajuk The Egyptian coup and the lessons of Turkey yang disiar laman web Aljazeera.com.
“Dengan berdiam diri apabila tentera mengeluarkan kata dua kepada Presiden Morsi, barat bersubahat.
“Kegagalan mengutuk rampasan kuasa memunculkan perbahasan tentang
dasar luar barat yang tidak konsisten apabila melibatkan negara-negara
yang ditadbir pihak yang dipilih secara demokratik dan berorientasi
politik Islam,” tulisnya.
Beliau memetik ucapan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di
Istanbul yang mengutuk rampasan kuasa di Mesir sebagai merosakkan,
tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat, negara dan demokrasi.”
Katanya, Erdogan tidak hanya memberi respon spontan tetapi
menjelaskan pengajaran dan sejarah yang diambil Turki dalam konflik yang
berlaku di Mesir. Tambahnya, kebelakangan ini Turki turut berdepan
usaha rampasan kuasa oleh tentera, namun rakyatnya berjuang keras
mempertahankan demokrasi di negara itu.
Anwar turut menggesa barat, khususnya Amerika Syarikat mengambil
tindakan bagi mengembalikan demokrasi dan hak asasi manusia, serta bukan
menyokong rampasan kuasa di Mesir.
“Mereka mesti menuntut pembebasan serta-merta Presiden Morsi dan
penyokongnya. Presiden Morsi perlu dikembalikan semula ke pejabat yang
sah dan beliau pula mesti segera memulakan dialog merangkumi semua
pihak,” tegas Anwar.
Tulisan penuh Anwar boleh dibaca di sini.
Keadilandaily
Macamana ni, seorg yg pro dan agent amerika berani tibai tapi seorg pejuang GAZA membisu tidak bersuara sepatah, tak berani walau mengangkat kening...
BalasPadamKah kah kah kah, tak perlu tanya kerana sudah terang lagi bersuluh
Padam