Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Julai 17, 2013

Umno peralat MP Simpang Renggam fitnah Anwar isu Wikileaks - Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR 16 JULAI: Fitnah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu akaun bank luar negara berkemungkinan diarahkan Umno supaya boleh digunakan Utusan Malaysia untuk memburukkan Ketua Pembangkang itu.

Demikian ujar Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang bersimpati terhadap Liang kerana diperalatkan untuk kepentingan Umno dan akhabar kawalan parti itu tanpa menyedari kesan buruk kepada kedudukannya dalam Dewan Rakyat.

Rafizi“Sampai sekarang Simpang Renggam bukan sahaja tidak berani mengulanginya di luar Dewan seperti yang KEADILAN cabar, bahkan dalam Dewan Rakyat pun dia tak sebut lagi dan kalau kita semak hansard beliau dalam sidang yang lepas, itu bukan wataknya.
“Simpang Renggam mungkin tidak sedar bahawa ketika dia memfitnah, pada masa yang sama, kita juga menyemak Wikileaks.

Sepatutnya beliau bertanggungjawab dengan sebarang dakwaan, semak dahulu fakta, bukan cakap melulu,” ujarnya kepada pemberita.
Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk merujuk Liang ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen atas kenyataannya yang mendakwa Anwar memiliki wang ratusan juta ringgit dalam akaun bank luar negara.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, Speaker telah memberitahunya bahawa usul tersebut akan dibahaskan pada Khamis ini.

Rafizi menambah, fitnah Liang itu dibuat bukan berdasarkan kepada Wikileaks tetapi blog-blog Umno yang memang diketahui tiada wibawa dan hanya mereka-cipta tuduhan seperti itu.
Justeru, Pakatan Rakyat akan menyerahkan prosiding kepada Speaker untuk membawa usul berhubung fitnah Liang supaya dibahaskan dalam Dewan Rakyat dan dibuat undian.

“Saya yakin Speaker akan membenarkan usul itu, sama ada undi nanti menang atau tidak bergantung kepada undian tetapi kalau Barisan Nasional pun setuju untuk sama-sama menjaga kemuliaan Dewan, maka beliau perlu dirujuk kerana jelas sampai sekarang dia tidak boleh membawa bukti dan penjelasan,” kata Pengarah Strategi KEADILAN itu.

“Sebab itu Dewan tidak ada pilihan lain kecuali untuk membahaskan usul itu kerana jika tidak maknanya kemulian Dewan Rakyat direndahkan kerana ia menjadi tempat untuk menjaja fitnah baru,” kata Rafizi.

KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...