KUALA LUMPUR 16 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk menyaman akhbar Berita Harian
berikutan laporan fitnah kononnya Ketua Pembangkang itu mendapat dana
besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk
aktiviti perhimpunan Black 505.
Laporan pada 29 Jun lalu tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.
“Saya telah putuskan untuk saman Berita Harian kerana fitnah jahat ini,” kata Anwar dalam Dewan Rakyat pagi ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan demikian pada sesi soalan
tambahan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri berhubung fitnah
tersebut.
Anwar mahu Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan
mengapa Kementerian berkenaan terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk
mengambil tindakan dalam isu ini .
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...