Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa pihaknya tidak
mempunyai kuasa untuk menentukan proses seterusnya jika keputusan
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut nanti sama banyak di antara Barisan
Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jika Adun BN dan
Adun PR sama banyak, SPR tiada kuasa bagi menentukan proses seterusnya.
"Adun di kedua-dua pihak harus membuat keputusan semasa persidangan
DUN seperti memilih Speaker dan sebagainya. Jika hal itu masih belum
selesai, saya percaya Sultan Terengganu akan campur tangan dan jika
masih berlarutan, satu PRK lagi akan diadakan," katanya di sidang media
di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini. Baca lagi sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...