Sheikh Yusuf Al Qaradhawi telah berkata bahawa As Sisi telah melanggar perjanjiannya
Ketika
ditemubual secara langsung oleh Al Jazeera sebentar tadi, Sheikh Yusuf
Al Qaradhawi telah berkata bahawa As Sisi telah melanggar perjanjiannya
dan menyifatkan mereka yang menentangnya sebagai pengganas, malah telah
meminta rakyat untuk memberikannya mandat untuk menghapuskan ‘keganasan’
di Mesir.
Dan beliau juga berkata bahawa ‘pengganas’ pada mata
As Sisi ialah mereka yang menentang rampasan kuasa ke atas presiden
yang dilantik secara sah. Mereka juga telah berselindung di sebalik
pendirian ini. Dia (As Sisi) juga menganggap mereka semua telah
melanggar undang-undang serta melabel mereka sebagai pengganas. Justeru
dia telah menyeru kepada semua rakyat supaya memberikannya mandat untuk
berhadapan dengan ‘para pengganas’ ini.
Sesungguhnya telah
jelas terbukti kepada dunia apa yang tersembunyi di sebalik kejadian
yang berlaku. As Sisi telah lupa bahawa terdapat 35 buah medan yang
telah menolaknya manakala yang menyokongnya hanya di 2 buah medan
(Tahrir dan Ittihadiyah). Sebagai akibat, dia telah mengambil kuasa
untuk melakukan sesuka hatinya. Seruan As Sisi kepada rakyat untuk
memberikannya kuasa dan mandat untuk menyokongnya dijadikan alasan untuk
menyingkirkan para penyokong Dr Mursi yang berhimpun secara aman.
Beliau (Sheikh Yusuf Al Qaradhawi) juga berkata bahawa para wartawan di
Mesir merupakan para pembohong. Media di Mesir langsung tidak
menyiarkan apa-apa liputan di 35 buah medan yang menentang rampasan
kuasa. Berjuta-juta rakyat Mesir ini dimanipulasi sepenuhnya oleh media
yang tidak bertanggungjawab dan ianya harus dihentikan setelah apa yang
berlaku.
Dan beliau telah menutup bicaranya dengan berkata:
“Kita tidak pasti apakah yang menjadikannya (Abdul Fattah As Sisi )
binatang yang bertopengkan manusia (kejam) terhadap para Muslimin yang
tidak bersenjata.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...