PAS
Kawasan Besut menggesa agar rakyat bangkit secara terbuka untuk
menuntut hak mereka melalui Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri
Kawasan Kuala Besut kali ini.
Proses itu memerlukan keberanian untuk memilih PAS yang mewakili
Pakatan Rakyat dan menterjemahkannya melalui peti undi yang dijamin
rahsia.
Sudah ketikanya persekitaran kita diubah. Fenomena dan
landskap politik di Terengganu perlu diolah secara yang lebih realistik.
Kepimpinan UMNO/BN jelas sengaja membiarkan rakyat berada pada skala
kehidupan yang statik dan menjadikan pemberian bantuan sebagai umpan
untuk meraih sokongan.
PAS tidak bakhil untuk merakamkan ucapan
terima kasih kepada kerajaan di atas keperihatinan membantu rakyat
melalui pelbagai insentif tetapi isunya ialah kenapa iannya berlaku
secara bermusim.
Kalau pilihanraya kecil sebagai ‘basic’ untuk
kerajaan turun bersimpuh dihadapan rakyat, maka wajar rakyat bergerak
kea rah merealisasikan harapan, slogan dan formula 16-16 yang dilihat
boleh melorongkan kepada suatu laluan kea rah Pilihanraya Negeri bagi
membolehkan sebuah kerajaan yang kuat, padu dan berwibawa dibentuk bagi
menerajui pemerintahan kerajaan negeri Terengganu.
Berdasarkan
mood yang ada, kedudukan 16-16 tidak mustahil boleh dicapai kerana
keputusan PRU13 (kedudukan kerusi 15-17) membuktikan rakyat sedang
bergerak kea rah perubahan.
Saya yakin kemenangan UMNO / BN
baru-baru ini dicapai tidak secara 'gentleman'. Penipuan, ugutan, rasuah
dan sebagainya mewarnai bentuk dan format kempen mereka dan ianya
berlaku di seluruh Negara.
Sebab itu pada saya kedudukan 16-16
adalah sejarah dan mandat ini kita wakilkan kepada pengundi-pengundi di
Kuala Besut untuk menciptanya. Sekian dan terima kasih.
Yang benar,
HAJI AZLAN @ ENDUT BIN YUSOF
Bendahari PAS Kawasan Besut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...