KUALA LUMPUR- Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengutuk tindakan rampasan
kuasa (kudeta) oleh tentera Mesir yang menyaksikan penyingkiran Mohamed
Morsi sebagai presiden negara itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Morsi telah dipilih
oleh rakyat melalui sistem demokrasi secara adil dan telus namun
kemenangan beliau dirampas secara zalim.
"Dari segi prinsipnya, kita tidak mendokong kudeta, kerana ia adalah pentadbiran tentera.
"Walaupun tentera Mesir sekarang meletakkan seseorang dari mahkamah
Perlembagaan untuk menjadi presiden sementara, namun ia tidak melalui
proses demokrasi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambah Anwar lagi, sekiranya timbul bantahan terhadap presiden yang
dilantik, proses rundingan yang telus perlu dilaksanakan secara baik,
bukannya rampasan kuasa.
"Kalau mahu diadakan pilihan raya dengan segera, ia mesti mengikut kaedah demokrasi.
"Pada pilihan raya lalu, keadaan itu tidak seperti di Malaysia, pilihan
raya dianggap bebas dan diiktiraf, sebab majoriti memilih Morsi,"
tegasnya.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut turut menyatakan bantahan terhadap tindakan yang dikenakan ke atas Morsi.
"Proses pilihan raya telah dibuat secara demokratik, kenapa tiba-tiba tentera boleh melakukan rampasan kuasa," katanya.
"Kami desak masyarakat dunia mengutuk rampasan tersebut dan kerajaan
Malaysia perlu memberi kenyataan berkenaan isu ini," tambahnya lagi.
Morsi kini dikenakan tahanan rumah selepas digulingkan oleh pihak tentera.
Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden kerajaan interim negara itu.
SinarHarian
It has become clear to anyone who aspires for the return of Islam that the game of democracy is a sham and completely rigged against the Muslims and that democracy is the system which was created to keep Islam out of the political field.
BalasPadam