KUALA LUMPUR 3 JULAI: Semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
terutama Pengerusi dan Timbalannya perlu meletak jawatan sebelum Pilihan
Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Terengganu,
kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.
Ia ekoran SPR sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) berhubung penyelewengan dalam pembelian dakwat kekal yang
digunakan pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
“Oleh
kerana SPR kini sedang disiasat ekoran kegagalan mereka mengendali PRU
terutama kekesalan rakyat bahawa dakwat yang diguna tidak kekal, maka
adalah wajar semua anggota SPR terutama dua bos teratasnya meletak
jawatan sebelum berlangsung PRK di Terengganu,” katanya kepada Suara Keadilan.
Semalam, seorang pegawai kanan SPR didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur kerana menerima rasuah RM80,000 daripada sebuah agensi
pelancongan bagi membantu mendapatkan kontrak bekalan kenderaan untuk
kegunaan pemerhati asing semasa PRU lalu.
Pegawai itu bersama seorang lagi mengaku tidak bersalah dan
pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini manakala
sebutan kes akan didengar 10 Julai.
“Sesiapa terlibat rasuah patut didakwa dan kita alu-alukan tindakan
itu. Namun pada masa sama kita bimbang pendakwaan individu ini terlalu
difokuskan bertujuan mengalihkan tumpuan mengenai kegagalan SPR
mengendalikan PRU lalu,” kata Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit
Katil.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...