Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Julai 01, 2013

Kroni dapat berbilion ringgit kerana bantu BN dalam PRU- Anwar Ibrahim

PETALING JAYA 29 Jun: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga kroni Umno BN mendapat pinjaman mudah dan projek berbilion ringgit kerana membantu parti itu, dua hari selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Makan malamMenurutnya,  Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Tan Seri Kenneth Eswaran  masing-masing mendapat pinjaman bernilai RM500 juta serta syarikat Pexco milik Tan Sri Ananda Krishnan yang dianugerah projek carigali minyak dan gas di Sarawak.

“Syed Mokhtar dapat RM500 hingga RM 600 juta sukuk hanya kerana dia bantu Umno dalam PRU. Adakah tiada melayu lain atau peniaga berpotensi dipertimbangkan?
“Kedua, kerajaan lulus bilion ringgit kepada syarikat Ananda krishnan untuk carigali minyak di Sarawak. Saya tidak pertikai Ananda kerana dia India, tapi sama macam Syed Mokhtar, ini semua kroni. Kenapa tidak adakan tender dan beri peluang pada rakyat terutama anak sarawak?

“Ketiga Tan Seri Kenneth, tokoh India yang bantu Najib dapat pinjaman mudah dari Bank Pembangunan RM500 juta. Bank ini patut utamakan bantu syarikat IKS dan peniaga baru yang berpotensi,” katanya pada Majlis Makan Malam untuk mengutip dana petisyen PRU di Theam Hou Temple, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen seperti Datuk Dr Tan Kee Wong (Wangsa Maju), Tian Chua (Batu), Hee Loy San (Petaling Jaya Selatan), Mohd Rafizi Ramli (Pandan), Teresa Kok (Seputeh), R Sivarasa (Subang), Ketua Cabang KEADILAN Putrajaya, Onn Abu Bakar dan pimpinan Pakatan Rakyat pelbagai peringkat.

Katanya, Pakatan Rakyat menolak tawaran perdamaian nasional yang diutarakan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selagi isu penipuan pilihan raya tidak diselesaikan.
“Najib kata rekonsiliasi, tapi terima penipuan PRU, terima rasuah dan rasis. Saya kata kami tolak penipuan PRU, tolak rasuah dan rasis,” katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 500 hadirin pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan gerak kerja mendedahkan penipuan PRU diteruskan melalui apa jua medium.
Sejumlah RM18, 447 berjaya dikutip pada malam itu dan program sama akan turut diadakan di Pulau Pinang dan Johor Bahru selepas ini.

KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...