Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Selasa, Julai 09, 2013
Hot!! Mesir: Web jeneral Al-Sisi digodam
(Nota yang ditinggalkan penggodam Qassam di wen peribadi Al-Sisi)
MESIR: Kemarahan rakyat khususnya penyokong Dr Muhammad Morsi terhadap tentera yang merampas kuasa bukan sahaja tertumpu kepada keluar berhimpun membuat bantahan di seluruh Mesir tetapi juga melibatkan serangan maya.
Terbaru, web rasmi jeneral tentera Abdel Fattah Al-Sisi, yang dilihat orang bertanggungjawab sebagai dalang menjatuhkan Morsi, digodam pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai al-Qassam Hacker.
Awal pagi tadi, maklumat web Al-Sisi digodam mula tersebar di alam maya khususnya di Facebook dan Twitter.
Laman web tersebut dengan alamat http://www.abdelfatahalsisi.com sepatutnya mengandungi maklumat peribadi Al Sisi, serta pelbagai aktiviti tentera Mesir tetapi diganti dengan gambar Presiden Mesir Muhammad Morsi, dengan latar belakang gambar penyokong sedang berhimpun.
Satu nota dalam Bahasa Arab turut ditinggalkan bertulis "Laman web ini telah dipintas oleh Qassam Hacker. Assalamualaikum, Bersama ini kami mengumumkan kepada semua khalayak, dengan izin Allah Dr. Muhammad Morsi akan segera kembali. Wahai para pengkhianat, para tentera dan sisa-sisa rejim penguasa, Nyahkan kakimu dan jangan kalian ganggu Muhammad Morsi".
Al-Qassam lebih sinonim dengan gelaran kepada pasukan tentera elit Hamas, Palestin dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
HarakahDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...