SHAH ALAM, 2 JULAI: Desakan Adun Permatang Sulaiman Razak dari
Umno-BN terhadap Adun Pas Dr Abdul Rani Osman agar menyatakan bukti
mengenai tuduhan penyelewengan yang didakwa berlaku ketika BN menerajui
Kerajaan Selangor akhirnya memakan diri sendiri.
Dr Abdul Rani, yang merupakan Adun Meru, kemudian menyenaraikan
skandal penyelewengan 24 bidang tanah yang diberikan kepada parti
komponen Umno-BN semasa gagasan itu memerintah dari 2000 ke 2008.
Menurut Dr Abdul Rani, dalam Skandal Tanah Satu Malaysia (SAT1M) itu,
Umno memperolehi 15 bidang tanah, MCA lima bidang, MIC tiga bidang dan
Gerakan sebidang tanah dengan bayaran masing-masing membayar hanya RM 1
bagi satu kaki persegi.
“Kemudian Umno membisu atas isu Kondominium Suria Damansara yang dibina atas tanah Umno di Kelana Jaya.
“BN sebutkan di tanah inilah dia bagi tahu kononnya mereka nak
naikkan dewan serbaguna untuk buat tadika. Tetapi rupa-rupanya
kondominium Suria Damansara 200 unit kediaman RM450,000 setiap satu.
“Bila kita hubungi ketua Penerangan Umno ketika itu, YB Shukor kata
dia tak tahu. Serah kepada Datuk Bushro yang juga tak dapat beri jawapan
dan kemudian serah kepada Datuk Seri Noh Omar… ‘refuse to comment’,
saya nak bagi tahu semuanya tutup mulut.”
Dr Abdul Rani berkata demikain ketika perbahasan menjunjung kasih
titah ucapan DYMM Sultan Selangor dalam Persidangan Dewan Negeri
Selangor (DNS) yang masuk hari ke dua hari ini.
Sebelum itu, Dr Abdul Rani turut membangkitkan isu penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.
Selangorku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...