KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
membantah rampasan kuasa oleh tentera Mesir dan menyeru supaya demokrasi
dikembalikan di negara itu.
“Pada prinsipnya kita tidak menyokng kudeta, walaupun tentera
meletakkan seorang (Hakim) Mahkamah Perlembagaan untuk jadi Presiden
sementara,” katanya kepada pemberita di lobi palimen hari ini.
Anwar menegaskan, rampasan kuasa oleh tentera menafikan hak majoriti
rakyat Mesir yang memilih kerajaan melalui pilihan raya yang bebas,
telus dan diiktiraf.
“Kalau ada bantahan terhadap Presiden, rundingan (mesti) dibuat.
Kalau ada jadual pilihan raya segera diadakan, mesti mengikut saluran
demokrasi
“Mereka (rakyat Mesir) ada hak untuk persoalkan (Presiden) dan mereka
boleh tuntut diadakan pilihan raya baru. Tetapi, tidak dengan rampasan
kuasa oleh tentera,” katanya.
Anwar berkata, memang wujud kritikan terhadap pentadbiran Morsi,
namun prasangka terhadap kelompok Islam di Mesir seolah membunuh usaha
pendemokrasian yang berlaku.
“Saya dapat kesan pandangan beberapa orang yang konon liberal, tetapi
oleh kerana menghadapi Ikhwan-Muslimin, (mereka) sanggup mendukung
pemerintahan tentera,” katanya.
“Prasangka terhadap kelompok Islam tidak mengizinkan kita mengesahkan pentadbiran tentera,” tegas Anwar.
Presiden Mesir, Mohamed Morsi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera semalam.
Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya
kini berada di bawah tahanan di rumah dan perlembagaan Mesir kini
digantung.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...