Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mendakwa nama beliau tersenarai
bersama sebilangan individu yang dihalang dari memasuki negeri Sabah.
Dalam
satu tulisan di Twitter, Lim mendakwa ketua menteri Sabah mengarahkan
agar namanya disertakan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen Sabah
itu.
“Saya baru dimaklumkan bahawa saya dalam senarai hitam
imigresen Sabah, dihalang dari memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri
Sabah (Datuk Seri Musa Aman),” katanya.
Lim juga mendakwa, turut
tersenarai adalah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengarah
strategi Rafizi Ramli dan pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...