Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Sabtu, Jun 01, 2013
Reformasi menuntut pengorbanan...
TATKALA berbual-bual dengan seorang penumpang bas ekspres yang duduk di sebelah saya, beliau memberitahu saya dia berazam berpuasa tiga bulan berturut-turut - sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Saya kagum dengan kegigihannya, tetapi sebagai insan kurang arif ilmu agama, saya pun bertanya seorang ustaz mengenai amalan itu.
Kata ustaz berkenaan, tiada sebarang hadis menyebut mengenai puasa tiga bulan berturut-turut itu. Nabi s.a.w. tidak melakukannya. Kita bimbang pelakunya terikut-ikut dengan amalan orang lain yang ternyata bukan sunnah. . * Demikianlah kebanyakan pendapat kita berkenaan pantang larang, soal-soal agama, perkara-perkara yang tidak sopan, kengerian (seperti takutkan hantu) dan bermacam-macam lagi yang sebahagian besarnya adalah hasil daripada sogokan masyarakat sekeliling yang sama jahil dan tidak rasional macam kita dan bukannya terbentuk daripada penguasaan ilmu dan pemikiran yang benar-benar masak dan jitu..
Ketika ribuan rakyat menyertai Perhimpunan Bersih bagi menuntut pilihan raya yang adil tidak lama dulu, media massa terutama televisyen menguar-uarkan bahawa "Bersih itu kotor" dan kini selepas PRU13 dilangsungkan rakyat mahu diyakinkan pula bahawa pilihan raya dilangsungkan 'secara bersih". Ya, rakyat mahu dipasakkan dengan pemikiran bahawa 'Bersih' itu kotor tetapi pilihan raya yang 'kotor' sebagai 'bersih' pula! .
Berhubung pengendalian pilihan raya yang membabitkan tugasan ahli parti; Ketua Keselamatan PAS Dun Bukit Baru (anak sulung PAS Melaka), Ustaz Ibrahim Duralim, memberitahu penulis dalam satu pertemuan baru-baru ini, ada ahli PAS (dan Pakatan Rakyat) yang takut-takut kerana menyangka undang-undang dan pelaksana undang-undang seperti polis berpihak kepada Umno-Barisan Nasional. "Itu tak betul," katanya, "misalnya jika ada perayu undi BN berkempen dalam jarak 50 meter dari premis pusat pengundian, saya menjerit menyuruh polis menghalau mereka. Betul, polis bertindak kerana kita tahu dan ikut undang-undang." .
Sehubungan itu beliau meminta petugas seperti 'polling agent' dan 'counting agent' parti mahir dalam selok belok pengendalian pilihan raya. "Di pusat pengiraan undi Bukit Katil, tiba-tiba 'black out' (lampu terpadam) selama kira-kira 30 minit mulai jam 7.05 malam. Budak-budak saya sudah 'ready' dengan lampu suluh. Terpadam saja lampu, mereka menyalakan lampu suluh 'spot light'. Hasilnya mantap; KM Ali Rustam tewas dengan lebih 5,000 undi bagi Parlimen Bukit Katil manakala calon kita, Dr Mohd Khalid Kassim memenangi Dun Bukit Baru dengan majoriti tipis 48 undi.".
Ustaz Ibrahim berkata untuk menang dalam perjuangan perlukan pengorbanan, perlukan ilmu. "Jadi saya mencadangkan anak-anak buah saya dalamilah selok belok pengendalian pilihan raya termasuk peraturan dan undang-undangnya agar kita tak terus dipermain dan perlekehkan." .
Demikianlah dalam menjalani kehidupan, ramai daripada kita 'main sangka-sangka' saja. Kita sebenarnya tidak ada pengetahuan dan ilmu mantap. Kita main ikut-ikut saja. Tanpa ilmu pilihan raya, tentulah parti kita akan rugi kerana orang lain mudah mengambil kesempatan menipu kita, dan sebagai seorang Islam, banyak amalan kita hanya main ikut-ikut. Orang buat kita pun buat. .
Misalnya, ada anggota masyarakat sesebuah kampung tidak tahu 'kenduri arwah' itu sebenarnya tidak diwajibkan dalam Islam, akan terus mengadakannya walaupun terpaksa berhutang dan bergolok-gadai atau 'menyalahgunakan' harta anak-anak yatim (waris si mati). .
Kita juga berbangga apabila terdapat usaha untuk menunjukkan negara kita sebagai negara Islam contoh seperti mengadakan ujian tilawah (dulunya musabaqah dan pertandingan) membaca al-Quran tetapi kita lupa banyak binaan untuk majlis itu seperti pintu gerbang dan pentas dibina oleh orang bukan Islam. Kita begitu ghairah untuk berarak dan berhimpun sempena Maulidur Rasul tetapi kita lupa papan tanda dan kain rentang yang kita arak itu dibikin oleh orang bukan Islam. .
Malah ada yang berselawat secara menjerit-jerit ketika berarak, tetapi hakikatnya kita tak ikut sunnah Rasul pun apabila lelaki dan perempuan bebas bercampur gaul..
Kebanyakan pegangan mengenai agama ini langsung tidak boleh dipersoalkan kebenarannya. Ia ibarat lembu suci (sacred cow). Slogannya adalah seperti - lakukan, jika tidak kamu berdosa. Itu saja kata-katanya, tetapi sudah cukup untuk membunuh kemampuan berfikir seseorang. Kadang-kadang akan muncullah 'Hang Nadim' dan 'Hang Jebat' (sebagai lambang saja) yang berusaha mengubah apa yang kita fikirkan benar itu. Malangnya usaha mereka itu dipatahkan oleh orang yang mempunyai kuasa, kepentingan dan pengaruh. .
Jika ada orang cuba menyatakan yang kenduri arwah itu 'tidak disuruh (wajib)' dalam Islam, orang seperti Pengerusi JKKK, malah tok imam, tok lebai, tok siak dan apa-apa 'tok' lagi (maaf, bukan semuanya bersikap begitu) akan menentang habis-habisan. Yang peliknya orang yang tiada duit dan terpaksa berhutang pun menyebelahi tok imam yang tidak langsung mengingatkan bahawa kenduri arwah itu tidak wajib. Mereka bukan menyokong membabi-buta tetapi takut disingkirkan oleh masyarakatnya sendiri. .
Hang Nadim, budak cerdik Singapura purba (Temasik) berjaya menepis serangan todak. Namun 'Hang Nadim' yang cuba membuat pembaharuan dibunuh. Ada 'Hang Nadim' yang muncul sekali sekala membawa pembaharuan dipecat, diasing, dihumban ke dalam lokap atau penjara. Itulah yang dialami ramai Hang Nadim moden - daripada Anwar Ibrahim kepada aktivis pelajar Adam Adli yang terpaksa meringkuk dalam lokap!
Sumber : FB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...