Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Jun 11, 2013

Rafizi Ramli Tibai!!! Barual Umnooooo...Panas!!!!

Himpunan 22 Jun: PKR dakwa DBKL tunduk pada BN

MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa tunduk kepada tekanan Umno/BN kerana enggan memberi kebenaran kepada Pakatan Rakyat untuk menggunakan Padang Merbok bagi perhimpunan 'Black 505' pada 22 Jun.
Katanya, beliau mendakwa demikian kerana DBKL sehingga kini gagal memberi alasan jelas kepada keputusan untuk menolak permohonan tersebut.
NONEKatanya, DBKL semalam menyatakan bahawa padang berkenaan digunakan untuk acara Larian Olimpik McDonalds anjuran Majlis Olimpik Malaysia – pada 23 Jun.
DBKL juga menyatakan bahawa pihak berkuasa berkenaan memerlukan tempoh sehari sebelum acara tersebut bagi membuat persiapan, katanya.

Namun acara tersebut tiada kena mengena dengan penggunaan padang berkenaan, kata Rafizi dalam kenyatannya hari ini.

Rajah laluan untuk acara larian tersebut, yang diedarkan Rafizi, menunjukkan bahawa para peserta akan melalui tiga jalan di sekeliling padang berkenaan.

Rafizi berkata semakannya di laman web MOM, Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) dan laluan larian serta borang penyertaan acara itu mendapati larian itu bermula dan berakhir di Dataran Merdeka dan bukannya di Padang Merbok
"Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman PACM yang turut sama akan terlibat di laman rasminya.
"Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.

"Maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman Black 505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun," katanya.

Semalam DBKL menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan Black505 di padang tersebut antaranya MOM telah menempah tempat itu sejak tahun lalu lagi dan mereka harus membuat persediaan logistik sehari sebelumnya.

Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...