Istilah 'dakwat kekal' tipu pengundi, kata Dr Haron Din
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din mendakwa, rakyat khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu telah ditipu berhubung penggunaan dakwat 'kekal'.Katanya, tidak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakwat yang tidak kekal itu, namun hakikatnya seluruh pengundi telah ditipu oleh istilah 'dakwat kekal' itu.
“Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi.
“Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” ujarnya.
Pada hari pengundian 5 Mei lalu, beliau yang merupakan calon PAS bagi kawasan Parlimen Arau, adalah antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditanggannya boleh tanggal sejurus selepas membuang undi.
Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya lalu seperti didedahkan oleh banyak pihak.
Sehubungan itu katanya, beliau menyokong sebarang perhimpunan aman membantah penipuan pilihan raya yang dianjurkan di negara ini selagi tidak mengundang kepada malapetaka.
“Lagi pun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpunan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dinamakan sebagai demonstrasi tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhimpunan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong,” jelas beliau.
HarakahDaily
KEMPEN DESAK SPR LETAK JAWATAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...